Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

8 June 2013

Gadis Kurang Tuah


Kadang-kadang aku tak faham kenapa orang tak boleh hargai orang lain. Tanya dekat diri sendiri. 
‘’Kenapa kau tak appreciate dia? Dia dah banyak berkorban untuk kau.’’  Hati jawab, ‘’Dia siapa dalam hati aku. Dia tak pernah buat apa-apa pengorbanan untuk aku.’’ Itu jawapan oleh hati yang ego dan sangat pentingkan diri sendiri. Hati yang lupa akan siapa yang ada dengan kau tatkala kau menangis teresak menceritakan masalah kau dengan kawan-kawan kau yang lain. Dia lah yang ada dengan kau masa kau perlukan bahu untuk menangis. Dialah yang menawarkan telinganya untuk mendengar rintihan hati kau. Kenapa kau tak hargai dia?


‘’Sebab aku sukakan orang lain!‘’ Hati ego senang melancarkan kata lidah yang berbisa. Hujan panas berganti lebat mengiringi luka hati si dia.


‘’I miss you dear!‘’ Perempuan mana yang tak kembang hati bila ada lelaki lafazkan kata ini? Tolong beritahu aku?! ‘’ I miss you too!’’ Senang aja lidah si gadis bertutur. Hatinya tahu, dia juga merasakan perkara yang sama si A katakan. Tiba-tiba terasa sesuatu yang pelik menjalar ke dalam tangkai hatinya. Tapi dia cuba persetankan perasaan pelik itu. ‘’Ahhhh mana mungkin dia sukakan aku. Aku ni buruk, gemuk, tak cantik. Tak kan dia sukakan aku.’’ Hati kecil berbisik senyap. Si Gadis sukar untuk percaya jika si A betul-betul rasa perasaan yang pelik pada dirinya.


Pernah juga Si A member ‘hint’ kadang-kadang. Tapi Si Gadis tetap berdegil dengan hatinya menidakkan selagi dia tak dapat dengar sendiri daripada mulut kasar si A. Sudah heboh kiri kanan berkata tentang mereka. Ini yang buat Si Gadis malu dan segan. ''Awak ada apa-apa dengan dia ea?'' Argh!


Masa berlalu begitu pantas. Dia sudah lama tidak mengirimkan mesej apa lagi panggilan. Senyap seperti orang mulut murai di tampal mulutnya. Diam diam dan diam. Berselisih muka dan badan, tidak ditegur diri ini. Tidak dilihat diri ini umpama kewujudanku hambar dan tidak perlu di pentingkan lagi. Hati siapa tidak kecewa? Hati siapa tidak sedih? Hati siapa tidak hancur? Ini hati perempuan. Hati perempuan mana tidak terguris. Tolong beritahu. Tolong jelaskan. Mana silapnya?!


Oh, kau lupa Gadis. Kau lupa satu perkara. Ini yang memakan diri kau sendiri. Tatkala kau sedang gembira berbunga-bunga hati kau pada si dia lelaki yang kau suka, kau lupa akan pentingnya Si A yang berada didepan mata. Kau sanggup tanggiskan si dia yang jauh dipandangan, yang tidak pernah kau tahu berapa mancung hidungnya, berapa sentimeterkah dirinya. Orang yang jauh juga kau rindukan, orang yang jauh juga kau tunggukan. Dia yang didepan mata kau butakan pandangannya. Apabila si dia yang jauh sudah mengakui yang dia sedang dalam mengenali hati seseorang, tidak ingatkah engkau betapa hancurnya hati kau?
Sekarang si dia lelaki yang kau puja sudah bahagia membelah samudera bersama gadis yang dia cinta. Sedangkan engkau masih terkontang kanting mencari cinta si manusia. Kau fikir si A mahu terus menagih rasa rindu pada engkau?


Sudah sekian lama menyendiri, tiba-tiba si A muncul lagi. Seperti biasa dia akan tenggelam timbul umpama ikan di lautan. Jika dahulu tujuannya sama, tapi sekarang mungkin tidak lagi.


‘’Hah, dia dah ada girlfriends? Serious? OMG! OMG! Aku mesti stalk siapa perempuan ni!‘’ Seperti tertikam sebilah pisau ke jantung ini, darah terpancut keluar, paru-paru sukar mengepam darah ke seluruh badan dan engkau tersesak dengan nafasmu sendiri. Hati jahat, ‘’Padan muka kau Gadis! Dulu kau buat tak nampak aje dia kan? Sekarang kau melopong. Lelaki tu pun dah ada awek. Kau aje yang takde pakwe.’’ Menangis sekejap menyesal tak sudah. Apabila tenang, hati berbisik lagi. Tapi kali ini tidak sekejam yang tadi.  ‘’Tapi dia tak pernah cakap dia sukakan aku. Tak kan aku nak perasan. Walaupun hati aku ada sikit sukakan dia. Ah damn!! Damn! Aku jelous tengok dia dengan awek dia! Arghhhhhhh!! ’’


Dear Syaitonnnnn! Kau dah boleh gelakkan aku sekarang!


Setelah berbulan-bulan terputus hubungan. Tiba-tiba baik kembali. Si Gadis bahagia walaupun sering mengingatkan si A tentang hubungannya dengan teman wanitanya.


Antara SMS antara Si A dan Si Gadis :

Si Gadis : You, Laila (awek si A) tak marah ke You texting dengan I ni? (saje test)

Si A : Eh tak lah. Dia tak marah pun. Dia tahu pasal You. Hee.

Si Gadis : Ouh yeke. Serius dia tak marah? Risau pulak. Jaga dia baik-baik taw You :’) (cover sedih)

Si A : Yela. You, dulu kan I pernah sukakan someone. Hehehe.

Si Gadis : Siapa-siapa? I kenal tak? Hehe. Curious pulak. Ngee :’)

Si A : Kenal lah. I suka Ezaeqha (nama penuh Si Gadis) Heeeee :’)

Si Gadis : Siapa Ezaeqha tu? Kenapa suka dekat dia? Dia tak cantik kan? Haha! (Si Gadis bajet cekal hati         buat –buat tak faham padahal dalam hati sumpah dah menangis sebab tak tahan sangat rasa sedih tapi masih kuatkan diri)

Si A : I bukan pandang rupa You. Entahlah. I takut kawan-kawan dia tak boleh terima yang I sukakan dia.   Tapi takpelah, takde jodoh dengan dia. I pun dah happy dengan Laila.

Si Gadis : Kenapa You tak cakap dengan dia dulu? Dah setahun dah You :(

Si A : I takut dia pun tak sukakan I. Yela, siapalah I nak dibandingkan dengan dia. Heee.

Si Gadis : ( Diam seribu bahasa. Sedih. Rasa bodoh )


Dalam situasi macam ini, siapa yang harus dipersalahkan? Si Gadis? Ye, dia memang silapa kerana mengendahkan si A. Tapi dalam masa yang sama, dia tidak punya keyakinan diri untuk berdiri setanding gadis diluar sana. Itu sudah diluahkan pada Si A. Tapi silap Si A pula, dia tidak berani meluahkan isi hatinya pada gadis. Jika dia ikhlas, dia mesti kuat dan berani kan? Dia lewat mengatakan perasaannya buat Si Gadis tidak yakin pada dirinya.



'' Sekarang Allah dah bagi I  happy dengan adanya Laila. I akan usaha untuk jaga hubungan I dengan dia. Kalau jodoh I panjang, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, You doakan lah kebahagiaan kita. Kalau ada rezeki kita untuk bersama, I tak tolak.''



Spread Love ;
ZRHA :')  





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

5 February 2013

Ini semua poyo!



'' Smiling is the best way to face every problem, to crush every fear, to hide every pain''


Engkorang pernah perasan air mata yang jatuh dekat pipi sebenarnya suam-suam kuku? Pernah perasan?
Korang selalu menangis ke? Ala, orang cengeng macam aku jek perasan benda remeh macam ni. Banyak sangat baca novel agaknya. 

Engkorang pernah fikir kenapa seseorang tu menangis? Pernah dengar ada orang cakap 'Perempuan menangis bukan sebab dia lemah, tapi sebab dia dah lama sangat bersabar'? 

Tapi dalam kes hari ni, aku nak kongsi sesuatu yang engkorang mesti akan cakap, "No Pain, No Gain".
Faham istilah omputeh macam tu? Korang tahu kan, korang pun mesti sedar yang bila kita nak sesuatu, kita mesti berusaha. Yelaa, balik pada pepatah tu, "No Gain" -- suka korang jek nak makan tapi taknak masak. Kalau ada duit boleh call Mekdi buat delivery. Kalau takde duit? Tapi malas masak, dan sanggup tahan lapar sampai ada jiran sebelah hantar makanan sebab kesian dengar korang terpekik terlolong menjerit, 'lapar! lapar! lapar!' Haha! Ok tipu! Tapi masuk akal tak apa yang aku cuba sampaikan pada engkorang ni? Faham ke idak?

Korang pernah rasa frust menonggeng bila struggle study lepas tu korang FAILED? Pernah tak? Pastu rasa macam kena booooooo dekat kelas sebab semua orang dapat markah tinggi-tinggi, tapi engkorang dapat markah ciput, lepastu paling sangkeng rasanya bila sepatutnya boleh dapat markah, tapi lecturer tak bagi markah dan paling buat diri engkorang nak terjun bangunan empat tingkat bila korang dapat 24.5/50 yang sepatutnya markah untuk pass adalah 25 markah! APA PERASAAN KORANG? TELL ME! TELL ME!





I'm sitting here, typing this, and cryy likeee a baby after called mummy untuk mengadu and mummy like, 'dah tu lain kali kalau dah tahu lecturer tanda paper macam tu, awak kena belajar betul-betul2, jangan tinggalkan apa-apa soalan tak berjawab.' Thisss is make me wanna hug her! I wanna go homeeeeee! seriously wanna go home. I need somebody to calm me.


p/s : Lain kali jangan belajar last minute ok adik-adik? kalau belajar last minute boleh dapat 49/100, kalau belajar awal-awal, boleh dapat berapa agaknya? CEPAT CAKAP!



OKBYE!

T______________T




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')