Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

21 July 2012

Mana nak cari ni?





mana saya nak cari casing omel-omel untuk #babywonder saya? JB area, anyone? -,-''




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

19 July 2012

Happy







Tak pernah-pernah Mu nak komen-komen dekat wall aku. Jarang sekali. Susah sangat. Tapi wallpost aku yang ini dia komen. Awww. Rasa terharu pulak. Haha. Aku yang send friend request, aku yang approved. Gila jahat kan abang aku taknak add aku langsung? Oh, bytheway, Mu tu nama manja kami. Hikhik. 

Lepas updated last entry, aku rasa rindu sangat dengan diorang. Gambar atas ni, from left : Hazman, Ayah, Iznan (mu) & Abang Faried (the groom) Ini momen masa Akad Nikah kakak - 6 month ago. Susah nak dapat gambar macam ni. Once a life :)

Ouh, lupa, satu lagi : 



Sweet kan?


Okay, hari ni Khamis, esok Jumaat - last class, balik rumah - Sabtu mula Puasa - Ahad - Kakak & Abg Faried balik JB - dapat babywonder - Buka puasa sama-sama - rumah penuh - happyyyyyyyyy! Okbai! :)





Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua! Semoga kita lebih kuat menghadapi Ramadhan kali ini, semoga segala amal ibadat kita diberkati Illahi, mari sama-sama kumpul pahala, amin :')


p/s : tak sabar!  hiks! :)







Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

17 July 2012

Hari Tacing Lebat.






Sekarang baru balik kelas. Baru saja ganti baju. Aduh, aku sangat penat. Aku sangat ngantuk. Aku ajar diri aku, aku paksa diri aku supaya tidak pejamkan mata pada saat laungan Asar berkumandang. Aku kena bukak mata aku, sebab itu aku tiba-tiba rindu dengan penulisan asal boleh yang selalu aku lakukan bila aku tidak punya mata dihadapan untuk bercerita. 

Setelah dua sem tinggal di kolej dan dua sem tinggal di rumah ibu ayah, aku berani buat keputusan, aku mahu tinggal menyewa dengan rakan-rakan. Well said, aku bodoh sebab  buat keputusan ni. ''rumah kau bukan jauh pun nak pergi kampus. Tak sampai setengah jam.'' Itu kata mereka, ya aku tidak menafikan. Aku juga mengaku perkara itu. Tetapi aku ada sebab kenapa aku buat begini. Bagi aku ianya terlalu peribadi untuk aku ungkapkan pada sesiapa. Tidak ada seorang pun yang tahu. Aku sangat suka pendam sakit aku dalam-dalam. Tapi nampak aku bahagia kan? Aku kuat kan? Ah itu tipu aje. Aku bukan begitu, aku mengaku.

Sebulan aku macam ni. Aku selesa, cuma masih terlalu manja. Ah persetankan itu semua! Aku mahu cari jalan untuk berdiri sendiri tanpa bantuan kaki kayu buatan ibu dan tangan Spongebob made in Bikini Bottom. Aku mahu jadi matang. Ajar aku jadi matang. Matang dari semua segi. Ya, tak lama lagi aku sudah menjadi Acu, tak kan aku mahu masih tidur berpelukan ibu? Makan bersuapkan tangan lelaki ayah? Aku mahu jadi dewasa, itu yang ayah mahukan. Bila berjauhan, aku mula tahu susahnya diri sendiri bila malas basuh baju dan kemas tempat tidur. Ibu tak pernah gagal ajar aku asas-asas itu semua. Cuma aku terlebih lemak untuk melakukan itu dirumah. Mengada-ngada kan? Ya, aku tahu. Salah satu alasan aku buat keputusan sebegini.

30 hari aku tinggal di Kolumpo bersama kakak dan abang ipar. Aku tidak menyesal. Aku tidak bising. Bila aku jauh dari orang tua, aku tahu apa erti rindu mereka. Bangun pagi seawal 8 pagi perkara biasa. Kerja-kerja dirumah sudah sebati dengan aku sedikit. Alhamdulillah. Itu yang aku mahu, semoga aku lebih bijak dalam hal pengurusan rumah. Ibu ayah bukan 40an lagi. Mereka sudah tua. 

Paling seronok, aku sudah pandai masak! Itu yang ibu banggakan pada aku. Ah, sayang ibu sangat! Pernah juga 'dibodohkan' kerana silap langkah membuang air rebusan daging untuk dicampur pada sos spegeti. Mengalir air mata. Bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah, iya dak? Aku positif! Belajar - mencuba pelbagai resepi yang ada dalam buku. Walaupun ada kadang kala aku gagal, hangus, hangit dan tak boleh makan. Aku sedih tapi aku masih mencuba. Nilai itu ingin aku terapkan dalam kaedah pembelajaran aku. Sungguh, aku mahu berubah!

Sekarang, aku sudah pandai - lepas celik mata, perkara pertama yang aku lakukan adalah kemas tempat tidur dan mandi. Itu sahaja. Kalau hari cuti, aku akan kemas rumah dan bilik aku. Aku pantang anak dara pemalas kemas tempat tidur! Aku akan masak dan cuci baju seperti selalu. Bila pulang kelas selain kerap menghabiskan duit, aku suka terperap dalam rumah. Kemas dapur atau sebagainya. Aku jijik pijak dapur berminyak, aku pantang kalau orang reti masak tapi tak reti kemas. Akan aku babikan dia dalam hati. Aku rasa akulah manusia paling malas abad ini, semua benda ibu yang lakukan termasuk menggosok baju sekolah dan cuci baju dalam aku. Tapi itu dulu, aku mahu berubah. Ceh, sokonglah aku! Aku sudah rajin kemas rumah. Kawan-kawan pun ada perasan perubahan ni. Baguslah, sambut aku dalam hati.

Sebenarnya, aku kurang yakin tentang apa yang aku nak tulis. Tapi aku tak tahu kenapa mesti aku ceritakan dengan cara macam ini. Mungkin aku selesa. Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa apa yang aku lalui 3 bulan lepas hingga hari ni. Aku cuma berharap aku akan lalui perkara-perkara yang mematangkan aku, diri aku, pemikiran aku, cara aku dan semuanya! Aku nak ayah dan ibu bangga ada anak macam aku. Aku boleh! hiks!

Ouh lupa nak berkongsi, Alhamdulillah, aku sudah genap 20tahun mengikut tahun Masihi. Terima kasih Allah atas kurniaan ini. Setiap kali sambut hari lahir, masa itulah kita tahu siapa yang sayangkan kita, yang kisahkan kita. Alhamdulillah, masih ada orang kisahkan aku. Pernah dengar orang yang kita sangka tahu diri kita, lupa hari jadi kita? Ah, aku sudah biasa. Tak semua kenalan aku ingat perkara penting sebegitu. Jauh lagi untuk menyambutnya atau memberikan apa-apa. Tak apa, aku sudah lali. Aku bukan orang baik untuk mereka ingat apa yang penting pada aku. Ya, aku sedih. Ayat sekarang, ya, aku tacing habis. Tapi nak buat macam mana? Aku bukan orang penting :')

BFF, Eyza, Chaa, Ida, Ya, Juera, Amym, Missy, Aijat, Miera, Acik Simah & family 

Aku kena kuat hadapi masa aku, aku kena kuat! Tolong ajar aku untuk jadi kuat. Jadi kuat dan matang dari semua segi. Aku budak perempuan yang tak cantik, yang cengeng, kuat tacing dan mahu menjadi sempurna. Salah ke? Tolong beri aku peluang, lupakan masa silam aku yang bodoh dan mencipta masa depan dengan cara yang betul dan diberkati Allah. Ya Allah, temukan aku dengan mereka yang cantik hatinya, cantik akalnya, cantik rupanya yang boleh memimpin aku ke Jannah, Amin. Semoga aku lebih kuat :')



Hadiah hari jadi yang paling best sekali dalam masa 20 tahun aku hidup dan hadiah kedua paling mahal Kakak pernah bagi pada aku selepas Dell Inspiron 14R :')

Terima kasih kakak! Kau yang selalu sokong aku, walau aku selalu jatuh tersungkur, luka lutut tangan juga kaki aku. Kau yang selalu ubatkan aku dengan nasihat yang membina. Sumpah aku sayang kau! Kaulah kakak yang aku punya, seorang sahaja. Walaupun aku akan punya kakak ipar lagi seorang tak lama lagi, kau tetap nombor satu! Tak kan ada kakak lain selain kau, kau yang selalu sayang aku. Kau yang selalu rindu aku. Kau yang selalu kisahkan aku. Kisahkan makan aku, minum aku, sakit aku. Semuanya tentang aku kau ambil tahu. Walaupun kau jauh, teknologi dekatkan kita kan? Aku sedih bila kau jauh, Aku sedih masa ijab qabul hari pernikahan kau, kau bukan hak kami lagi, tapi kau tetap the only one sister pada aku! Marah kau, bising kau semua aku rindu bila kau jauh. Kau aja yang selalu hargai aku kau tahu? Sebab tu aku sanggup buang masa aku travel dari JB pegi KL setiap kali aku cuti. Sebab bila dengan kau, kau manjakan aku, kau ajar aku jadi anak yang baik, kau ajar aku jadi matang. Aku bangga ada kakak macam kau. Aku janji, aku pun akan buat kau rasa perasaan tu pada aku satu hari nanti. Aku janji :')

Tak sabar tunggu hujung minggu, aku nak balik jumpa ayah ibu. Aku rindu ayah, aku rindu ibu. Hazman, Iznan, Kak Nysa dan tak pernah tak rindu mereka yang selalu ada dengan aku bila aku perlukan seseorang. Aku rindu dekat kau jugak Abang. Patutkan aku panggil kau Abang? Aku tak pernah perasan yang kau adalah Abang walaupun aku tahu kau lagi tua daripada aku. Kelakar kan? Kenapa kau datang bila kau dah ada orang lain? Kenapa kau harus bagi tahu aku bila hati kau dah takde untuk aku? Aku bukan siapa-siapa yang boleh putarkan masa kembali. Kau tahu aku sedih? Ya, aku sedih sangat. 

Aku tak tahu kenapa aku tacing sangat hari ni. Mungkin sebab aku nampak Rodi menangis tadi - penat tunggu respon Imah untuk mintak kunci pagar rumah kami. Dear Rodi, jangan sedih ya? Maaf aku pinta dari pihak Imah. Sayang Rodi taw :')








Lelaki penting dalam hidup aku. Dulu, sekarang, dan bila-bila. Semoga aku sempat membanggakan mereka sebelum aku atau mereka dijemput Illahi.


Lots of love :
Ryeha :')
p/s : hari ni aku tacing lebat sebab hujan lebat LOL ^^



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')