Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

15 February 2012

Alhamdulillah




Semoga aku terus ingin bersujud kepadaMu Ya Allah, ameen.
Kuatkan aku Ya Allah, kuatkan aku Y_Y

Spread Love :
Ms RR ;')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

14 February 2012

Valentine's Day & Islam




Tahu kan cerita disebalik Valentine's Day?
Patut ke kita pun meraikannya seperti
kita ketawa dan menangis menyambut Hari Raya?
Hanya berkongsi.
Fikirkanlah :)



Spread Love :
Ms. RR ;')





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

13 February 2012

Pemilik Payudara Kedua Terbesar Di Britain Semakin Risau -,-



Pemilik Payudara Kedua Terbesar Di Britain Risau 'Asetnya' Semakin Menjadi-Jadi!


Kesian dia kan? Begitu besar dugaan.
For more information, click THIS :')

Spread Love :
Ms RR ;')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

12 February 2012

Think & voice out!



Think people :)


Kau pun menangis bila kena marah.
Kau pun ketawa bila ianya kelakar.
Kau pun takut bila dah buat salah.
Kau pun bengang bila kena tegur.
Kau pun marah bila apa kau buat orang tak suka.
Kau pun akan pandai bila kau rajin belajar.
Kau pun tak cantik macam bidadari.
Kau pun tak kurus macam Victoria Beckham.
Kau pun 'speaking' tak hebat macam 'orang puteh'.
Kau pun tak 'up-to-date' dalam pemakaian.
Kau pun suka makan masakan kampung.
Kau pun selalu menipu mak bapak kau.
Kau pun selalu kutuk 'BEST-FRIEND-FOREVER' yang kau sanjung.
Kau pun memilih kawan.
Kau pun malas jugak.
Kau pun selalu berkira jugak.
Kau pun selalu meminta jugak.
Kau pun selalu habiskan duit kerajaan bagi.
Kau pun selalu tidur lambat.
Kau pun selalu bangun lambat.
Kau pun selalu nak pergi tandas kalau kau dah tak tahan.



Kau pun sama sahaja!
Dah tuh kau ingat kau sempurna sangat sampai kau boleh 'judge' orang macam tuh?
Kau siapa kawan?
Kau fikir kau siapa?
Caaakaaaappp!!
Kau pun tak sempurna.
Sama macam aku kawan.
Ya, kita sama.
Kita sama sahaja kawan.
Sebab kita pun telentang dahulu baharu meniarap.
Sebab kita makhluk yang Dia ciptakan untuk menghuni bumi ini.
Apa masalah kau nak kutuk aku makan dekat food court?
==''

Spread Love :
Ms RR ;')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

8 February 2012

FH ♥





Demmmmmm!! Y_Y


Ya Allah,
dekatkan dia dengan aku kalau kau putuskan dia
menjadi orang terpenting dalam hidupku.
Ameeen~



Rindukau brader!



Spread Love :
Ms RR ;')





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

6 February 2012

Kawen Jom Kawen!





Hai korang! Aku hanya berkongsi artikel ini yang aku dapat daripada Page Adoi!!!! Bosannya dekat Facebook. Sama-sama kita renungkan ye. Hehehe.


****************************************************

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.

Jadi, mengapa berkahwin?

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)



***********************************************


Pendapat korang macam mana? Bagi aku, buat majlis bukan senang taw. Ikut kemampuan kita lah. Taraf hidup kita berbeza, dan kita harus beringat. Biar terasa susah masa buat majlis, lagi-lagi kerja kawen kan. Jangan susah lepas kawen. Itu lagi parah :)


Spread Love :
Ms RR :')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

5 February 2012

Jantung Hati




Kadang-kadang budak kecil kita sukar mengerti tindak tanduknya. Tapi, percayalah keletahnya buat kita tersenyum mengingatinya. Walaupun kau takde kena mengena dengan aku dan keluargaku, tapi kita masih saudara sesama Islam kan Sayang? Aju sayang Sayang dengan Ain sangat-sangat ok? Dah besar jangan lupa Aju, Atok, Nenek, Kakak Adin, Abang Inan & Abang Jeman ye? Belajar rajin-rajin taw? Aju cakap kalau malas pergi sekolah nanti jadi apa? Yeay, tahu pun. Hee. Jangan nakal-nakal ye sayang. Muah sikit! :)


Spread Love :
Ms RR :')





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

4 February 2012

Friendship :)






8 year of FRIENDSHIP.
I hope, this awesome relationship will remain to the end, insyaAllah.


Spread Love :
Ms RR :')






Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

Big Family





Alhamdulillah, ini keluarga besar yang ku punya saat ini.
Semoga hubungan baik & ikhlas ini akak kekal sehingga akhir hayat kami.
Ameen :)


Spread Love :
Ms RR :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

3 February 2012

Fevret :)

















Korang nampak tak apa 'Fevret' aku? ;p
Aku sangat teringin nak ada kasut yang macam nih.
Dah lama teringin sampai tahap mengidam dah. Haha.
Kenapa suka sangat? Tak cantik?
Alahai. Aku yang nak pakai kan, mestilah aku cakap cantik.
Walaupun korang cakap tak cantik. Ngeh ngeh :3
Plus, aku suka keluar pakai kasut.
Aku simple aje orangnya.
Paakai kasut kan senang, sarung jep haa.
Lagi-lagi color nih. Awww. mengancam yaww :')


Lastly, Alhamdulillah. Aku dapat jugak pakai kasut nih :D
Terima kasih Ya Allah!
Terima kasih atas rezeki yang kau berikan.




# Sukanyaaaaaaaaa :)



Spread Love :
Ms RR :')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

Bangun awal :)


Yawww! Hari nih aku bangun awal daripada biasa ( selalu hari cuti-takde kelas, aku akan bangun lebih lewat daripada biasa ) Tapi hari nih awal 3-4 jam jugak. Hebat kan? Haha. Buruk perangai anak dara bangun lewat nih. So, terang-teranglah aku bosan kan bila dah bangun cepat. Jadi apa aku buat adalah - Movie Marathonnn!! Jyeahhh! dengan bucuk bacen - atototo, manjanya, erk -,-
aku terbaring atas katil yang bagi aku sebesar 6 meja budak sekolah rendah yang digabungkan sebab aku sangat selesa kuak lentang sorang-sorang. Haha. Macam-macam cerita jugak aku tengok. Seronok wooo~ plus hujan pulak tengah hari tadi. Mak aii! ohsemmm :D



# Cerita nih sumpah aku menangis! Sedih wooo Y_Y
Terharunya aku dapat kawan yang sangup berkorban demi kawannya.
Temukan aku dengan orang yang baik macam tuh -,-


# Ini bestttttttt! :))


# Banyak pengajaran hidup ;p


Ini mesti semua dah tengok kan? Aaron Aziz tak sekejam Haris seperti dalam Novel -,-
Overall, aku pun menangis tengok cerita nih. Ya Allah, temukan aku dengan suami yang dapat melindungiku, waris-warisku saat aku perlukan perlindungan. Ameen :)


Conclusion, nampak tak berapa lamanya aku mengadap Bunny? Hee :)


Spread Love :
Ms RR ;')





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

Perempuan & Lelaki





Komen anda?



Spread Love :
Ms RR :')





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

2 February 2012

Maulidur Rasul




Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Aku jatuh cinta dengan lagu nih. Sedap kan? Maksud yang cukup mendalam. Tetiba aku sebak dan menangis bila menyanyi lagu nih tadi. Sedih. Kalau kita berkesempatan berjumpa dengan Baginda, alangkah baiknya. Tapi, Baginda lebih mulia orangnya. Dia tinggalkan kita dengan Sunnah dan Al-Quran, semoga kita semua diberkati Yang Esa, Ameen. Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam di dunia juga di Malaysia khususnya. Jangan nakal-nakal ya kawan-kawan. Hehe.

Spread Love :
Ms RR :')


p/s : Salam Maulidur Rasul in advance buat semua! :)



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')