Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

26 May 2012

Congratulations brother!







Hai semua. Ini abang saya. Nama dia Hirjarul Aijat. Saya panggil dia Aijat Hensem. Ehh silap silap. *mati aku* Maaf, dia tak single lagi. Di sebelah beliau adalah kekasih hati pengerang jantung intan permata beliau. Jadi, jangan ganggu kalau taknak kena karate free :')

Entry ini sangat special buat beliau kerana beliau baru sahaja dengan bangganya minggu lepas punya lepas naik stage salam dengan ayahanda katanya sebab dengan rasminya sudah tamat Diploma. Huwaaaaa! Congratulationsssssssssssssss brother! Serius gua cemburu gilosss! Nak wish dekat wall lu tak special laa kan, nak komen dekat gambar lagi tak special sebab takde nama gua dalam gambar tuh. Jadi, Nahhh gua buat entry spesial untuk lu. Lu suka kan gua cerita pasal lu dekat blog gua? *Peh perasan pulak aku. Gurau gurau bang kak -,-

Hari ni gua nak ucapkan tahniah atas berkat usaha lu ride motor dari Manjung balik Penang sebab nak study walaupun lu selalu buang masa lepak dekat mamak and finally lu graduate jugak. Sumpah gua bangga :D

Gua nak jugak habis belajar macam lu. Gua nak jugak salam ayahanda macam lu. Gua nak jugak pakai baju kelawar macam lu. Gua harap lu akan study leklok dan dapat Degree pulak ok. Gua nak datang lu konvo lu tak bagik. #Ehhh

Last but not least, Congratulationnssssss brotherrr! I'm just proud of you. Semoga sukses dalam study and be a better man in your life. Gua tahu lu pandai. Ehh bukan, gua tahu lu boleh buat. Terima kasih sebab selalu bagi gua nasihat walaupun lu tak pernah perasan yang lu sedang memberi ceramah motivasi secara percuma. Kalau ada rezeki nanti gua belikan lu hadiah ea. Tunggu gua beli haipongg (Iphone) dulu. Hahaha. Gila sarkastik kan gua. Ishh. Okaylah. Tak last-last pulak jari jemari gua. Semoga lu sukses dunia akhirat & gua harap lu still boleh jadi abang gua walaupun mak ayah kita tak pernah kenal langsung. Okay bye!


Spread Love ;
Ms RR :')


Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

Ayam Halia ke?







Sila sediakn kertas atau buku nota dan pen. Kuikuikui. Gila bongkak berborak. Okay, sejak dua menjak aku jadi suri rumah sepenuh masa nih, aku dah rajin masak. Yeay! Buku resepi Kakak aku sudah menjadi BFF secara disengajakan. Setiap kali tengok buku tuh, melonjak-lonjak rasa nak cuba sebab asyik telan air liur jek tak sudah. Gila selekeh kan? Itulah aku! *muka bangga* Poxy cakap, gadis reti masak nih Sexyyyyy, kalau dia masak sedap lagi sexyyyyyyyy. Hahahah. Gila doh kawan aku tuh. Sebab dia lapar jek dia cakap cenggitu. 

Okaylah, mari kita mulakan! Apa yang perlu disediakan adalah ;

Bahan A
Seekor ayam yang dipotong mengikut suka hati anda.
Sos tiram - ikut selera.
1 sudu tepung jagung - korang kena bancuh dengan air ok? 
1 sudu serbuk lada hitam kasik kawww lagi >.<
1 pokok daun bawang - potong ikut standard lah.
3 biji tomato - ikut berapa banyak ayam koranglah.
3 sudu minyak masak.
Garam secukup rasa.

Bahan B - Harus dihiris sebab nak tumis.
Halia, bawang merah, bawang putih & cili merah.
Inii ikut suka hati korang sebab depends pada mereka yang suka makan bawang ke lada la kan?

Okay, ting tang ting tang Alexander! Hahahaha. Uitt melalot! Okay okay, SERIUS! -,-

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B yang korang potong-potong tuh sampai layu.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Kasik melekat lah itu semua lada dan bawang iyee. 
    * Ehh lupa nak cakap, aku masukkan sekali kayu manis masa tumis tuh. Kasik dia bau sikit. Hee ^^
3. Lepas dah masuk ayam, tuangkan air sikit. Jadi, ayam tuh nanti akan empuk :)
     * Make sure ayam tuh masak ok!
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, serbuk lada hitam dengan sos tiram. Ini korang kena pandai bajet. Agak-agak ayam tuh pucat jek warna dia, tambah sikit lagi.
5. Masukkan tomato ( yang dah siap dipoton ye - potong ikut suka hati anda ) Daun bawang jangan lupa pulak. Tak payah banyak sangat. Saje buat bau jek nih. LOL ^^
6. Kacau sehingga rata. 
7. Ting tang ting tang dah siap!

Haaa! Senang tak senang tak? *beriya*
Aku bila masak = pergi joging 5 round. Hebat kan?

Sorrylah tak dapat tunjuk gambar, pergi jek laa google. Bereh! Okayy, kita jumpa lagi di lain segmen dan waktu yang sama minggu hadapan, sampai jumpaaaa! :)



Next recipe, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! :p


Spread Love :
Ms RR :')





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')