Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts

19 November 2012

Ucu Aju is Better ♥ #2

Hai. Hee. Hai. 
Dah lama tak habiskan waktu mengadap Bunny Si Merah dan menaip. Mana semangat nak menulis pun hilang entah ke mana. Dah dekat setahun blog ni rupanya sebegini. Sadis, malas betul nak edit. Ada siapa-siapa boleh editkan? *angkat kening*


Alhamdulillah, hari ini sihat-sihat aje. Actually sedang cuti. Yahoooo! Macam pergi overseas pulak happy dia. Hihi. Aku hanya habiskan seminggu awal di rumah then terus datang PJ, rumah akak. Adalah jugek jenjalan  bila ada dekat sini. Paling jauh ke Perak, macam biasalah. Selamat akak kawen dengan orang jauh. Merasa jugak tengok tempat orang. Tempat crush aku tu.


Macam mana yang ada sesetengah orang dah tahu, Im gonna be Ucu Aju soonnn! ( read THIS ) And imma so excited you know. Alhamdulillah, Doctor dah cakap dekat akak, in sha Allah baby boy. Tapi ultrasound tak buat lagi. Keadaan baby Alhamdulillah sihat-sihat aje, Cuma akak aku lah. Kaki bengkak-bengkak. Makan silap muntah aje. Masa morning sickness dulu pun sama. Lagi teruk. Kesiannya akak aku. Lagi masa dia buat kerja ke, tak sampai hati nengok dia mengah-mengah. Bila aku ada dengan dia, aku lah yang kena buat kerja rumah. Takpelah, aku tak kesah. Sebab tu ibu pos aku ke sini -,-


Eh, last time jadi ‘bibik’ dapat gaji besar taw. Hehehehehe. Seronok rasa bila diri dihargai. Eceh!


Antara persiapan yang telah siap dibeli. Hehehe. Rompers tu aku yang pilih taw. Mesti dia comel sebab pakai baju Ucu belikan. Ekekekekeke :D



Dulu masa bulan empat, perut akak tak nampak sangat. Masih kecik aje, tapi sekarang sudah besar! Hihihihi. Doctor bagi date between 23, 24 & 25 Disember ni. Semoga semuanya baik-baik aje. Semoga baby Ariff sihat aje ye sayang. Ehh dah ada nama? Hahahahahha. Nama tu tak konfem lagi. Tapi macam dah konfem kalau dia betul-betul baby boy lah. Sebab abah dia nak sangat letak nama tu.
 Ariff Daniel Mohd Faried tu,  in sha Allah.



Doakan akak aku dan baby dia  baik-baik aje ye korang. Thanksss! See you later loves! Xx :’) 





Spread Love ;
Ms RR :')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

22 May 2012

Kenangan Terindah.







Gambar tanpa edit - D3100

Awwwww. Aku rindu dengan tempat nih. Kalau orang lain kata, 'Alaaa, Cameron Highlands jek kot. Bukan California ke Sydney ke.'  Ada aku kesah? Bagi aku, bukan tempat sebagai ukuran. Kenangan yang terukir itu lebih indah berbanding destinasinya kerana perginya aku kesana bersama mereka yang terindah pernah kumiliki dalan hidup ini. Andai suatu hari nanti aku diberi peluang mengupas kenangan terindah aku disana lagi, akan aku gagahi hati ini ke sana. Akanku sediakan minyak kapak berbotol-botol, akan aku sediakan setebal-tebal baju sejuk agar aku boleh mengimbas kenangan itu dengan hati dan fikiran yang tenang kerana bersyukurnya aku diatas kurniaan Tuhan yang Maha Kuasa :')


Ehhh dulu aku ada cakap nak buat entry pasal Trip pegi CH kan? Alahai. Aku lupa pulak. Ok ok, next entry janji aku akan cerita pasal Trip CH ye. Ok, dah jangan merajuk :*


Tekan <SINI> dulu kalau nak suruh aku cerita pasal apa yang menarik sangat tentang CH pada aku. Hehe. Masehhhh! okaybyeee semua, muahhh :*


Spread Love :

Selamat menyambut bulan Rejab kawan-kawan.
Mari puasa sunat! :')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

25 April 2012

Ucu Aju is Better ♥





 
Rabu, 25 April 2012

Sis   :  What're you doing?
Me   :  Nothing, I dekat klinik. Amek ubat ibu. Why? Ehh! Tak keje ke?
Sis   :  Cuti sampai Sabtu. Aju nak datang awal ke? *i'm going to KL this Friday*
Me   :  Nope! On Friday laa.
Sis   :  Wokeyh! Dah beli tiket ke? I have a good news to share. Hahaha. *pelik & curios*
Me   :  Belum, abang beli laa. Haa, why??
Sis   :  Huhuhuhu.Buy me a beautiful maternity blouse. Hehehehehe.
Me   :  Haa?! Serious? Ommmaaiigooddd! Alhamdulillah! 
          I'm happy for you! I'm sure this will make other happy too. 
          Thanks God! I'm gonna be Auntie Aju  one day :D *cryyyyy*
Sis   :  Auntie Aju or Ucu Aju is better?
Me   :  Ucu Aju is better.
Sis   :  Jangan bagi tahu sape-sape dulu ok?
Me   :  Orait! Promise!
Sis   :  Hehehehe. Pray good things for me :)
Me   :  Yeah sure, i will. Take care! Jaga makan.
Sis   :  Hehehehe. K la, nak buat keje dulu ni.
Me   : Okayyyyy! 


Omaaiigooodddddddddddddddddd! Thank you ALLAH! Terima kasih untuk ini. Semoga sembilan bulan akan datang, akan berlaku perkara yang baik-baik. Terima kasih ya Allah atas kurniaan ni. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Ameen Ameen Ameen.
Aku orang pertama tahu lepas her hubby. Ibu pun tak tahu lagi. Heeee. *too happyyyy*
Take care dear sister. I do love you :)







Spread Loveeeeeeee :
Ms RR :')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

23 April 2012

Ambition is cita-cita.


Hi korang yang cantik lagi hensem bersama lesung pipit yang manis! Korang ada cita-cita tak? Nak jadi askar ke, doktor, pemuzik & lain-lain. Dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya, dah besar nak jadi apa? Aku selalu jawab, nak jadi macam cikgu lah. Bestnya ajar-ajar anak orang. Poyo habis dengan keyakinan yang tinggi aku jawab soalan cikgu aku. Dah besar nanti, aku nak jadik seorang pendidik yang berwibawa. Yes, itulah yang aku harapkan. Sumpah, aku bercita-cita sebegitu.


Setiap tahun masa sekolah rendah dulu, cikgu mesti suruh aku tolong isikan borang apa tuh yang ada berat, tinggi, cita-cita, hobi & detail murid tuh? Aku lupa. Borang tuh keras, warna coklat. Aku selalu kena tanya kawan-kawan, 'korang!! cita-cita nih nak tulis apa? Apa korang punya cita-cita?' Laa ada 3 pilihan. Banyak ouhh. Pilihan aku selalunya, doktor, cikgu, doktor, cikgu. MasyaAllah, nampak tak berkobar-kobar aku mengejar cita-cita? Haha. Pernah aku out of box, aku tulis 'JURURAWAT'. Kenapa? Sebab aku terpengaruh dengan kakak aku yang masa tuh baru tengah further study in Nursing dekat UM. Haha. Budak kecik kan? Senang terpengaruh. Tapi hati aku tetap dengan 2 pilihan tu. Poyo habis -,-


Lepas masuk sekolah menengah. Hidup makin mencabar. Belajar, masyaAllah susahnya. Lagi-lagi masa Form 1. Laa Maths & Science dalam bahasa omputeh. Almaklum lah, English i B's masa UPSR dulu. Huh! cacat dah sijil UPSR aku. Takpe, Alhamdulillah dapat rezeki belajar dekat sekolah bagus - Convent JB. Dekat situ bermulalah selok belok hidup, jatuh menangis, ketawa berguling semua.


Korang nak tahu satu hal tak? *cepat cakap ya! ya! ya! :p
Aku sebenarnya, sangat cinta dengan subjek Bahasa Melayu. Masa UPSR, ada 2 subjek bahasa Melayu kan? Pemahaman & Penulisan. Aku akan skor gila-gila dekat paper Penulisan. Kenapa? Sebab aku sangat suka menulis, bercerita & meluahkan idea-idea aku. Sejak Darjah 3, lepas Cikgu Salmah bagi hadiah pada aku sebab aku paling bagus buat karangan masa tuh, aku rasa sangat puas dan berkobar-kobar nak buat yang terbaik untuk next exam. Betul, sungguh aku cakap. Pandai kan cikgu, nak suruh murid belajar betul-betul, dia selalu kasi hadiah :')


Paling tak boleh lupa, masa darjah 5 - Peperiksaan Akhir Tahun. Aku duduk sebelah Zainuddin. Budak nih aku paling menyampah sekali. Laa budak kelas 4D, (budak second class, aku kelas 4C waktu tuh-first class). Dia suka kacau budak kelas aku. Kelas kitaorang memang bersebelahan masa Darjah 4 tu, tambahan pulak kelas kitaorang selalu dibandingkan dengan diorang taw. Mana tak marah. Hahaha. Zai, nama panggilan dia. Dia nih pun pandai jugak orangnya. Nak dijadikan cerita, dia dapat masuk kelas aku masa Darjah 5 tu-5C. Hishhh! Banyak orang tak suka dia. Pastu, back to our story, masa tengah jawab exam tuh, dia kacau aku. Sampai aku tak boleh concentrate jawab. Paper Penulisan kot masa tuh. Peh, menyirap siakkk! Idea gua hilang terus bila dengar suara dia. Cilak! >.< Lepas tuh kan korang, dugaan Allah, aku dapat B's untuk paper tuh. Aku sedih gila, menangis tak pasal-pasal. Hahah. Buruknya perangai masa tuh. Mana tak sedih, sebelum nih semua Ujian aku dapat A's untuk kertas Penulisan taw. Sobs Sobs.


Masa PMR pun sama. Aku pernah dapat hadiah daripada Puan Rathi-cikgu BM merangkap guru kelas 3A5. Kelas aku laa tuh. Kelas bermasalah. Hahahaha. Dapat note book jek pun kut, (bukan laptop taw :p ). Tapi rasa dihargai sangat. Masa tuh aku dengan Zaty jek dua orang dapat note book tuh. Then dia suruh baca karangan yang 300 patah perkataan tu depan kelas. Mak ngaii! Semputtttttt~ Hahahaha. Tapi rasa happy sangat taw. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah.


Naik Form 4, aku still disekolah yang sama. Tak pernah pasang niat nak masuk Teknik pun sebab tak tahu nak pilih kelas apa. Haha. Best Friend lari pindah teknik. Belajar BM dengan Puan Heryati untuk SPM. Beliau sangat berkeyakinan mengajar kami weyh! serious! Alhamdulillah, aku suka belajar dengan dia dan lepas jugak target untuk dapat A+ masa SPM.


Ehh apa motif cerita pasal sejarah aku belajar BM nih? Atoyaiii~ Sebenarnya, lepas mengharungi ini semua aku mula memasang cita-cita. Bukan yang baru, tapi lebih detail dan spesifik. Aku nak jadi cikgu yang hebat macam cikgu Salmah, Puan Rathi, Puan Heryati & semua cikgu yang ajar aku subjek Bahasa Melayu. Aku nak jadi hebat macam diorang. Bangga dengan bahasa sendiri dan berkongsi ilmu dengan anak bangsa. Besar pahalnya. Ya Allah. Dugaan~ aku mohon masuk IPG, tapi takde rezeki aku mungkin. Takpelah, aku bersyukur dengan peluang yang aku miliki sekarang.


Dalam hati masih ada secebis harapan, harap Allah permudahkan aku. Tak dapat jadi cikgu BM, cikgu Prinsip Akaun atau Matematik pun boleh laa. Tapi Maths sekolah rendah laa ye. Ekekekekekekek :p


Aku sangat cemburu dengan kawan-kawan aku yang tengah bertungkus lumus dekat IPG demi segulung ijazah dan tittle 'cikgu' tuh. Betul-betul cemburu. Miera, Amym, Pieqa, Deena, Amien, Izzan etc. Korang, aku betul-betul jeles bila aku tengok korang post status pasal korang pergi sekolah jumpa budak-budak semua. Lagi bile korang cerita pasal pengalaman korang dekat sana. Ya Allah, sedihnya tak dapat peluang macam korang. Beruntungnya korang Allah bagi peluang macam nih Y_Y


Berkati aku Ya Allah, izinkan aku menyarung jubah bergaris dua itu. Aku mohon permudahkan laluanku mencapai cita-cita yang sekian lama berkudis dihati ini. Dekatkan aku dengan perkara-perkara yang membawaku menuju kejayaan, didunia mahupun diakhirat. Amin, Ya Rabbal Al Amin.





Spread Love ;
Ms RR :')

♥ Diploma in Accountancy, you're my destiny.

Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

15 February 2012

Alhamdulillah




Semoga aku terus ingin bersujud kepadaMu Ya Allah, ameen.
Kuatkan aku Ya Allah, kuatkan aku Y_Y

Spread Love :
Ms RR ;')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

5 February 2012

Jantung Hati




Kadang-kadang budak kecil kita sukar mengerti tindak tanduknya. Tapi, percayalah keletahnya buat kita tersenyum mengingatinya. Walaupun kau takde kena mengena dengan aku dan keluargaku, tapi kita masih saudara sesama Islam kan Sayang? Aju sayang Sayang dengan Ain sangat-sangat ok? Dah besar jangan lupa Aju, Atok, Nenek, Kakak Adin, Abang Inan & Abang Jeman ye? Belajar rajin-rajin taw? Aju cakap kalau malas pergi sekolah nanti jadi apa? Yeay, tahu pun. Hee. Jangan nakal-nakal ye sayang. Muah sikit! :)


Spread Love :
Ms RR :')





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

4 February 2012

Big Family





Alhamdulillah, ini keluarga besar yang ku punya saat ini.
Semoga hubungan baik & ikhlas ini akak kekal sehingga akhir hayat kami.
Ameen :)


Spread Love :
Ms RR :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

2 February 2012

Maulidur Rasul




Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Aku jatuh cinta dengan lagu nih. Sedap kan? Maksud yang cukup mendalam. Tetiba aku sebak dan menangis bila menyanyi lagu nih tadi. Sedih. Kalau kita berkesempatan berjumpa dengan Baginda, alangkah baiknya. Tapi, Baginda lebih mulia orangnya. Dia tinggalkan kita dengan Sunnah dan Al-Quran, semoga kita semua diberkati Yang Esa, Ameen. Salam Maulidur Rasul untuk semua umat Islam di dunia juga di Malaysia khususnya. Jangan nakal-nakal ya kawan-kawan. Hehe.

Spread Love :
Ms RR :')


p/s : Salam Maulidur Rasul in advance buat semua! :)



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

30 January 2012

Keluarga Baharu :)







Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kau kurniakan mereka untuk aku juga kedua ibu bapaku.
Aku bahagia dengan kehadiran mereka dalam keluarga kami.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari perselisihan faham,
eratkan kami dengan gelak ketawa dan sujud syukur atas kurniaanMu juga rezeki yang Kau kurniakan buat kami semua.

Dengan izinMu Ya Allah,
wujudkanlah keluarga kembangan yang ku perolehi sehingga akhir nafasku,
hanya padaMu ku mohon doa ini Ya Allah.

Jangan engkau pisahkan kami dengan bisikan syaitan yang
terbisik disebalik cuping telinga kami.

Terima kasih Ya Allah atas jalan cerita yang telah kau tuliskan buat kami semua.

Alhamdulillah, aku punya keluarga baharu :)



Abang Faried & Kak Nysa, adik sayang korang taw! muah sikit meh :p



Spread Love :
Ms RR ;')







Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')