Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

Showing posts with label Sedih T_T. Show all posts
Showing posts with label Sedih T_T. Show all posts

5 February 2013

Ini semua poyo!



'' Smiling is the best way to face every problem, to crush every fear, to hide every pain''


Engkorang pernah perasan air mata yang jatuh dekat pipi sebenarnya suam-suam kuku? Pernah perasan?
Korang selalu menangis ke? Ala, orang cengeng macam aku jek perasan benda remeh macam ni. Banyak sangat baca novel agaknya. 

Engkorang pernah fikir kenapa seseorang tu menangis? Pernah dengar ada orang cakap 'Perempuan menangis bukan sebab dia lemah, tapi sebab dia dah lama sangat bersabar'? 

Tapi dalam kes hari ni, aku nak kongsi sesuatu yang engkorang mesti akan cakap, "No Pain, No Gain".
Faham istilah omputeh macam tu? Korang tahu kan, korang pun mesti sedar yang bila kita nak sesuatu, kita mesti berusaha. Yelaa, balik pada pepatah tu, "No Gain" -- suka korang jek nak makan tapi taknak masak. Kalau ada duit boleh call Mekdi buat delivery. Kalau takde duit? Tapi malas masak, dan sanggup tahan lapar sampai ada jiran sebelah hantar makanan sebab kesian dengar korang terpekik terlolong menjerit, 'lapar! lapar! lapar!' Haha! Ok tipu! Tapi masuk akal tak apa yang aku cuba sampaikan pada engkorang ni? Faham ke idak?

Korang pernah rasa frust menonggeng bila struggle study lepas tu korang FAILED? Pernah tak? Pastu rasa macam kena booooooo dekat kelas sebab semua orang dapat markah tinggi-tinggi, tapi engkorang dapat markah ciput, lepastu paling sangkeng rasanya bila sepatutnya boleh dapat markah, tapi lecturer tak bagi markah dan paling buat diri engkorang nak terjun bangunan empat tingkat bila korang dapat 24.5/50 yang sepatutnya markah untuk pass adalah 25 markah! APA PERASAAN KORANG? TELL ME! TELL ME!





I'm sitting here, typing this, and cryy likeee a baby after called mummy untuk mengadu and mummy like, 'dah tu lain kali kalau dah tahu lecturer tanda paper macam tu, awak kena belajar betul-betul2, jangan tinggalkan apa-apa soalan tak berjawab.' Thisss is make me wanna hug her! I wanna go homeeeeee! seriously wanna go home. I need somebody to calm me.


p/s : Lain kali jangan belajar last minute ok adik-adik? kalau belajar last minute boleh dapat 49/100, kalau belajar awal-awal, boleh dapat berapa agaknya? CEPAT CAKAP!



OKBYE!

T______________T




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

21 January 2013

Darah daging





Once upon a time, when i was my sister lil cutest princess *wink wink*









Teluk Intan moment, one year ago -- preparing you big day :)







and today, you're married. 
You became a wife to him.
 and what make us happy when we know that you bring someone's life inside your worm.

Today is 20th January 2013.
If we can turn back the time, 
today i am the one who so excited to see you wear a your solemnization's dress.
with henna on your finger.
but deep inside, i feel so sad.


Pheww! why i am so paranoid?
*slap my own face*
I just don't want to lose you.
You're my only one sister.

Dear sister, Happy Anniversary sayang!
May Allah bless your marriage.
Do take care of yourself.
I am happy to see you happy.
Thanks for bring us to see the rainbow.
We love Arif so much as much we love you both.

Ayah so happy right?
' Tak payah bawak Arif balik KL lah. Biar ayah jaga'.
See? 
I hope i can be like you.
Stronger than you.
Make ayah proud of me like what he felt towards you.
I do love you sister.
Yes, i am.
Yesterday, today, tomorrow and forever after.
You're my only one sister i had.
ONLY ONE.
I LOVE YOU 



spread love ;
Aju Ryeha 




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

10 June 2012

Bye bye Ez.








Kalau dulu dia letak nama Mommy, Achik & Usu, sekarang dia pulak yang menyusul.
Al Fatihah Awek Chuck Taylor. Semoga kau tenang dekat sana.
Kau seorang awek yang berani. Kau seorang awek yang kuat.


Al Fatihah Ezreen Emira Sulaiman 
9 Mac 1986 - 9 Jun 2012


I always search at Twitter “Awek Chuck Taylor”,I always look for a word “Nana is better than Mira”.You guys just don’t realizes it.



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

19 May 2012

Surat Dari Hati.










''Dear Girlfriends, Hai. Apa khabar? Ehem Ehem. Ye,  Iyee, Gua lah aweks cun yang Lu selalu bengang tuh. Cuns? Lagi manis daripada Lu sebab Gua punya pipi berlubang pinjaman Tuhan. Lu ada? Hahaha. Kekwat gilos Gua kan. Ehh Ehhh, Gua nih tak jahat macam yang lu fikir taw. Lu tak kenal Gua lagi. Ehhh pesal ayat baik sangat Gua nih?! >.< 


 Gua memang menyampah dengan lu Girlfriends. Ini bukan pertama kali Gua bengang dengan lu. Sepatutnya memang Gua yang kena bengang, marah, naik angin dengan lu. Bukan lu ok! Eh weyh, kalau bahasa kasar lu nak cakap Gua nih suka Boifreng lu, SEKARANG nih Gua nak mengaku dekat satu dunia yang memang Gua suka Boifreng lu. Haaa! Puas hati? Puas idakkk??!! 


Hahah. Sorrylah Girlfriends. Bukan macam yang otak lu tengah fikir. Gua tahu Lu mesti tengah fikir Gua nak amek Boifreng lu kan? Hoishh. Aiseyhh lu nih Girlfriens. Dah dah jangan nak menangis. Gua nih kan lumrahnya seorang perempuan. Lu pun aweks jugak macam Gua kan Girlfriends? Sorry to say, Gua nak cakap dengan lu. Kasik clear ini cerita sekarang juga. Gua dengan Boifreng lu tu macam adik dengan abang jek lah. Adik-Abang. Gua dah lama kenal dia. Ehh, at least lagi lama lah kan daripada lu. Betul tak? Lu fikir sendiri tolong.


 Gua dah kenal dia, walaupun Gua tak kenal luar dalam dia secara detail atau setiap inci perubahan perasaan dia Gua boleh grab, tapi Gua memang berani nak mengaku benda nih dekat lu. Gua memang suka dia. Suka dia macam mana? Mesti tu yang lu Tanya kan? Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu. Perasaan sayang tuh memang menjalar dalam tangkai hati Gua nih. Tapi sumpah lah Girlfriends, Gua tak pernah berniat nak tukar perasaan sayang & cinta dalam hati dia untuk Gua. Lu faham tak Girlfriends? Lu faham tak Gua cakap apa nih? Gua suka dia layan Gua macam Gua ni budak kecik. Layan macam budak yang tak tahu apa-apa. Setiap kali Gua down, dia dok nasihat Gua. Bagi Gua semangat. Dia suka buat Gua ketawa time Gua sedih. Lu tahu tak? Sebab tuh Gua sayang dia. Tapi sayang macam adik-beradik walaupun batang hidung dia berapa inci pun Gua tak pernah sentuh. 


Sebelum lu datang, serius Gua memang baik dengan dia. Ehh sampai sekarang pun Gua baik dengan dia lagi. Cuma bila Gua nak Hai dia dekat wall dia ke, Gua jadi terbatas. Gua tak nak lu kecik hati, maki Gua pastu gaduh dengan dia. Gua pun aweks jugalah Girlfriends. Gua faham perangai gedik lu. Semua aweks akan jadi macam budak tak cukup umur sebab nak perhatian orang yang dia sayang. Takpe, Gua faham lu cenggitu. Actually, to be honest, Gua memang terasa setiap kali lu updated status pasal jodoh lah, kejujuran, kesetiaan lah bagai. Lu mesti tujukan dekat Boifreng lu lah kan? Ehh lu mesti tujukan khas buat Gua juga kan? Mestilah Gua tempias sebab lu baru baca komen Gua dengan dia kan? Haha. Eh, lu tahu kan Boifreng lu macam mana? Buruk baik dia, lu dah faham sangat kan perangai buruk dia? Tak kanlah dengan kehadirang budak gemok lagi buruk serta tak cantik nih lu nak goyang sangat? *humble pulok* kenapa? 


FYI, Gua nih batang hidung Boifreng lu pun tak pernah sentuh, lagikan berapa panjang size kaki dia & berapa lebar diameter tapak tangan dia. Kitaorang Cuma adik beradik muka buku sahaja. Ehh Twitter pun. Hehehe. Hmm. Macam nih lah Girlfriends, last but not least, lu tak payah lah nak jeles bagai dengan Gua. Fikir Gua itu ini. Gua faham hati sanubari lu. Lu memang jeles nak mati kalau Gua komen-komen dengan dia. Hoish. Lu lagi pandai kan dari Gua sampai berjaya menambat hati abang Gua tuh. Jadi, lu tak payah  nak takut sangat. Kalau Gua nak suka dia macam lu suka dia, dah lama dah Gua buat. Sebab Gua nih baik. Biarlah Gua yang mengalah. Mengalah? Ececeyh. Mesti lu masih ingat Gua ada hati dengan abang Gua tu kan?


 Stop thinking that way lah Girfriends. Gua sebenarnya sedih lah benda cenggini jadi. Bukan lu sorang jek Girlfriends, dekat kampus Gua pun pernah jadi cenggeni. Apekes? Kalau lu, tak sedih ke kena tuduh ganggu kekasih hati orang tapi sendiri takde pulak kekasih hati sehingga hari nih. Haaa! Macam mana tuh? Lu tak kesian ke dengan Gua? Asyik makan hati jek orang buat Gua macam-macam? Gua nih baik dengan orang kalau orang respek Gua. Senang kan? Lu tak payahlah nak beratkan akal fikiran lu dengan masukkan muka Gua dalam memori lu.  Sudah-sudahlah. Gua serius penat. 


Kalau lu terasa, lu segeralah IM Gua dekat Fesbuk ye, nak mintak maap ke nak marah Gua ke, sila kanlah. Yang penting Gua tahu, Gua tak salah. Gua mintak maaf lah bebanyak kalau selama nih lu asyik kecik hati dengan dia pasal Gua. Gua suka dia sebelum lu datang dalam hidup dia lagi. Ehh cop! Pasal dia tengah ngorat lu pun Gua tahu lah! Aiseyhh! Gua suka cara dia respek Gua & layanan dia macam Gua budak kecik yang tak tahu apa-apa. Not more then that. Gua dah penat kena tuduh nak rampas boyfriends orang. Gua harap sangat lu faham. 


Gua tahu lu tak kan baca entry khas Gua nih. Yela, blog Gua pun lu tak follow. Ehh lu main blog ke? Ehh tah lah. Yang penting sekarang nih. Gua tak punya apa-apa hubungan istimewa dengan Boifreng lu & stop fikir Gua bukan-bukan. Lu sendiri tahu apa yang lu fikirkan tentang Gua kan? Dah lahh Girlfriends, Gua serius penat terasa dengan lu. Please stop all this. Lu jangan pulak tetiba tak nak mengaku lu selalu updated status sebab bengang dengan Gua. 


Halalkanlah hubungan Gua dengan Boifreng lu sebab Gua memang takde apa-apa dengan dia. Anggaplah Gua nih adik ipar lu bila lu dah sah jadi bini dia. Senang kan? Tak payah la fikir bukan-bukan. Kalau lu sayang dia, dia seratus ribu juta kali sayang dekat lu. Kesianlah dekat Gua yang separuh mati bengang dengan lu. Eh kesianlah dekat Boifreng lu yang sayang dekat lu tuh. Bukan Gua tak fikir perasaan lu, lu suppose fikir perasaan Gua jugak. Okay, set! THE END.''


p/s : Yang patut terasa, sila terasa. Yang tak patut terasa, tok sah menggedik nak terasa. Lempang mahu? hahhahaha. Gurau gurau! AJ, tenangkan aku sekarang. Eceh! *geli jek*


Inilah nasib orang takde kekasih hati. Sobs sobs Y_Y
Orang gemok buruk dan tak cantik pun ada orang nak jeles ea?
Sila tekan <SEKARANG> sebelum aku Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! XD

Spread Love :
Ms RR :')


Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

8 May 2012

Take care Dekjah.







Rasanya baru semalam kita ketawa sama-sama.
 Rasanya baru semalam kita baring-baring rehat-rehat dekat surau.
 Rasanya baru semalam lepak tengok movie dekat pondok. 
Ehh rasanya baru semalam aku tolong bangunkan kau masa kau jatuh dalam dewan.
 Kau sakit. Risau tengok kau macam tuh.



Kita tengok movie sambil tunggu waktu buka kan masa nih? *SELAMAT HARI RAYA*



Cantik gambar ni. Aku suka kau edit, kawan :')


Kita tak berapa nak rapat. Tapi dah setahun kan kita belajar dalam kelas yang sama. Ketawa dalam kelas. Kau mintak air aku. Aku mintak makanan kau. Kita selalu makan dalam kelas kan? Hahaha. Ehhh ingat tak kita makan ramai-ramai dekat Pizza Hut? Best kan? Kalau tak kitaorang dah party ramai-ramai dekat Pizza dulu. Sebab kau homesick, kau balik Bangi, aku cakap dekat Moo kita makan minggu depannya. Selamat Moo setuju. Dapat kita kumpul kenangan sama-sama kan?




Lepas kelas mesti nak lepak pondok. Borak-borak. Gosip-gosip. Hahaha. Ingat tak masa kita nak pujuk Miss Fairuz masa tuh? Kita buat kad besar-besar punya. Hamek kau letak gambar masing-masing. Pujuk Miss ramai-ramai depan bilik dia.Hee.



Kau salam aku, cium tangan aku lagi. Comel laa kau weyh. Aku nak cium tangan kau tak sempat lak. Kita salam macam biasa jek. Tengok kau naik bas nak balik Bangi. Masa aku sedih-sedih. Mula laa Tweet bukan-bukan, kau datang tenangkan aku dengan gurauan kau. Aku cakap kau sweet. Kau suka. Pastu terus Tweet pasal aku cakap kau sweet :')






'Ryeha ryeha! tengok sini Dekjah amek gambar Ryeha.' Aku pun senyum sampai berlubang pipi dan mata sepet. 3 Mei, baru kau upload gambar tuh. Cameron Highlands, penuh kenangan. Petang tadi baru aku LIKE & comment gambar tuh. Aku tidur, tersentak. Terus jantung aku berdegup laju. Hati aku tak sedap. Terasa sesuatu. Aku memang macam tu. Risau ada apa-apa bakal terjadi. Aku terus online pakai phone. LIKE & comment gambar tuh. Subhanaallah, jam 8.30 malam, aku terima berita sedih tentang kau. Aku dalam kereta dalam perjalanan balik ke KL dari Perak.


Aku text semua kenalan kita, nak kan kepastian. Bila dapat tahu. Aku terdiam. Sampai rumah, aku terus online. Dapat message dari Fai. Weyh, sedihnya. Macam mana boleh jadi macam nih? Besarnya dugaan Tuhan bagi pada kau. Aku tahu kau kuat. Semoga kau tabah. Kau tahu tak diorang semua doakan kau, sedekahkan kau Fatihah. Semua sayangkan kau, semua akan rindukan kau, kawan.


Kenangan kita tak mungkin aku lupakan. Kau sahabat dunia akhirat. Walaupun kita selalu argue pendapat, tapi kita tetap kawan kan? Walaupun kita bukan bestie, kehilangan kau, aku tetap terasa, air mata aku tetap mengalir. Mungkin tak salah aku cakap aku sayangkan kau. Tapi Allah lebih sayangkan kau :(


Kawan-kawan yang membaca, sedekahkanlah Fatihah juga Yasin buat beliau. Semoga doa dari kalian semua buat beliau tenang di sana, semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan solehah, kawan. Amin Ya Rabbal Alamin. 




Al- Fatihah, Nurul Hafizah Binti Mohd Faizul Aris.
19 Oktober 1992 - 7 Mei 2012


Spread Love ;

We gonna miss you Dekjah! :(



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

24 April 2012

Janin Bayi Kegemaran Apek & Nyonya.

Hi korang! Aku nak kongsi dengan korang satu benda nih. Mungkin ada daripada korang yang dah tahu, atau mungkin belum pernah tahu. Sumpah ini melebihi batas kemanusiaan. Takde hati juga perasaan manusia yang buat macam nih. Nah tahu apa? Jom zoom gambar bawah.

p/s : sorry tak clear sangat mungkin, aku copy daripada sumber.


Ini janin bayi. Dah sempurna kan rupa dia? Subhanaallah. Kejadian berlaku di China. Sebab tu aku cakap 'kegemaran Apek & Nyonya'. Orang dekat sana memang terkenal dengan makanan eksotik dan pelik-pelik. Menu paling pelik dan seram juga aneh adalah SUP JANIN BAYI.



Diorang menganggap SUP JANIN BAYI ni dapat menguatkan stamina dalam hubungan seks.
whatthehekkkk! cilak punya orang! *mengucap*


Korang nampak tak janin tuh sebesar tapak tangan orang tuh. Dekat situ juga ada bahan-bahan campuran nak dibuat sup. Restoran yang menghidangkan SUP JANIN BAYI ni selalunya mencari perempuan-perempuan mengandung yang mahu menggugurkan kandungan. Carik supplier janin bayi la apa lagi. Kejam punya manusia! Y_Y


Taraaaaa! SUP JANIN BAYI hidangan kegemaran orang China yang dianggap dapat menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks. *kepalahotakkau!


Apa pendapat korang tentang isu ni? Alhamdulillah dekat negara kita tak pernah pula berlaku lagi. Ya Allah, dunia nak kiamat nih korang. Sedihnya keadaan macam nih. Mana pergi nilai kemanusiaan pada diri diorang? Tak ada akal fikiran mungkin. Isu sebegini umpama menggalakan anak gadis untuk mengandung atau lebih kasar ia sebagai jalan mudah untuk gadis menggugurkan kandungan masing-masing, walaupun sakit tapi lumayan. Kenapa lumayan? Aku percaya restoran-restorang ni akan bagi duit yang banyak buat mereka. Jadi satu perkara yang tidak salah bagi mereka. Cilakkk! >.<


Spread Love :
Ms RR :)


♥ SHARE kalau mahu, digalakkan.



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

22 April 2012

Budak Kecil.



Mampukah aku untuk terus memberi senyuman palsu buat engkau?


Spread Love ;
Ms RR :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

15 February 2012

Alhamdulillah




Semoga aku terus ingin bersujud kepadaMu Ya Allah, ameen.
Kuatkan aku Ya Allah, kuatkan aku Y_Y

Spread Love :
Ms RR ;')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

8 February 2012

FH ♥





Demmmmmm!! Y_Y


Ya Allah,
dekatkan dia dengan aku kalau kau putuskan dia
menjadi orang terpenting dalam hidupku.
Ameeen~



Rindukau brader!



Spread Love :
Ms RR ;')





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

7 January 2012

Aku dan Ryeha.





Pipi berlubang itu, anugerah tak ternilai bagi aku walaupun pipi seluas lapangan terbang antarabangsa yang tidak kelihatan menarik buat engkau. Aku tidak punya sebaris gigi yang cantik sepertinya, sebab tuh aku kena pakai braces! erk! #merepek!

Senyuman yang terukir tidak mampu membuat kau membalasnya. sumpah ianya pedih! Tidak mengapa, aku tidak apa-apa secara fizikalnya. Aku luka dalaman yang hanya mampu untuk kurawat sendiri. Air mata bergenang dan menitis hanya aku yang merasa.

Ee, tak cantiknya kau perempuan. Bila kau nak belajar menjadi seorang yang cantik dan lebih cantik? Kau memang suka jadi tak cantik ea? Sampai hati kawan kau cakap kau macam tuh? Hoish! kawan tak guna! Macam muka kau flawless sangat! Untung ini masa kau. Kalau Tuhan tarik balik nikmat kekasih hati yang kau miliki saat ini, bagaimana? Kau mahu menangis sehingga terpancut air mata darah? Aku harap kau merasai apa itu malu ditahap ingin memakai rambut palsu yang bisa menutup keseluruhan muka mu! Aku diam tidak bererti aku cool, sesungguhnya aku bukan cool orangnya. Aku hot!!

Senyuman itu, mahai! hikhikhik. Okbyeee!

Tak nak Spread Love :
Ms. RR :(





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

27 December 2011

Sedih!




Korangg! Tolong Ryeha! Serious Ryeha sedang sedih saat nih T_T


Tengok nih!




Alaaaaa! macam mana nih? Buruk sudah! Ryeha lupa nak back up tadi before edit. Sob sob. Korang tolong lah Ryeha. Ryeha perlukan pertolongan blogger-blogger yang tahu tentang ini. Tolong! Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee T_T



Macam nak menangis guling guling dah.
#ok tipu!


Please korang tolonggggg Ryeha sembuhkan blog Ryeha nih.
Ryeha merayu mintak tolong T_T


Kalau boleh tolong, contact Ryeha taw.
#such desperate =,='


Ok Thanks :(


#sesungguhnya Ryeha memang Taiko Gembeng T_T

Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')