Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

Showing posts with label Kenangan Terindah. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Terindah. Show all posts

28 January 2013

Takde tajuk boleh?

Ryeha, jangan menangis lagi. Airmata tu tak indah untuk you. 
Senyum kat pipi tu lagi indah. So, jangan sedih-sedih taw. Good night.


Ini semua cerita malam tadi. Aku tak faham. Aku memang tak faham. Kenapa aku perlu tahu ini semua sekarang? Selepas semua orang dah bahagia, tertinggal aku terkontang kanting, kalau sedih, kalau nak luahkan segala terbuku dihati, aku cuma mampu sujud pada Dia, luahan sebegini di sini atau di diary bertulis tangan yang aku punya. Ini soal hati. Ini soal perasaan.


' Ryeha, are you okay? You sekarang macam mana?' 


Ini soalan atau perlian -- perkara pertama yang terlintas pada fikiran aku. Kejam bukan?


'I okay. I'm fine. I ada family & bestfriends i.'


Padahal aku faham maksud dia. Aku faham soalan dia. Cuma aku rasa macam segan untuk jujur. Entah. Aku kurang faham dengan perasaan sendiri waktu itu.


You, kenapa perlu beritahu i sekarang? Kenapa baru cerita ni semua sekarang? You tahu tak you dah ada girlfriends? Kenapa nak mintak maaf sekarang? I tak faham. Iya, i tak faham.


I nak you tahu, i tak boleh terima sebab you :

1 - You fikir i datang pada you waktu i susah. You SILAP. I bukan taknak text & call you first. Pernah dengar frasa 'Perigi cari timba'? I takut jadi macam tu. I sedar diri you. I sedar diri. I malu nak start everything dengan you. I malu nak Hai you. I malu nak tengok muka you. Lagi bila you ada dekat-dekat dengan I. I tak pernah nak gunakan kebaikan you untuk kepentingan I. Secondly, I nak you tahu, I segan kalau orang lain tahu kita baik. Kenapa? Sebab you baru jek break dengan Ex you. Ex you tu dekat dengan I taw. You tahu kan?

2 - You konfuse, you suka I atau kawan I? Ini salah satu sebab kenapa I menangis malam tadi. Ya Allah, tak pernah terlintas dalam fikiran I benda ni. Sumpah tak pernah langsung. Okay, to be honest, I pernah terasa you ada perasaan dekat I (when we had some conversation late night -- when you called me, 'ryeha, I miss you.' ) Tapi I ignore. I ignore sebab I taknak orang kata I perasan. I tahu I siapa. You tahu tak, kawan I yang you suka tu pernah cakap dekat I, 'Ryeha, kenapa tak terima dia jek. Dia okaylah. I suka tengok you dengan dia.' Ini gila weyh! Kan I cakap, I dah syok sendiri ah ni I ingat you suka I betul-betul? Rupanya you pun suka kawan I. Apa ni? Ini buat I tacing habis malam tadi. You nak suruh I fikir you suka I atau you suka kawan I?

3 - You datang, you pergi. I pun  tak faham waktu-waktu tertentu bila you akan datang pada I dan bila you akan pergi tinggalkan I. Ok, you punya alasan. I faham tapi macam tak boleh terima. Tapi takpe la, sebab I rasa 'best' bila you datang. Walaupun sekadar Hai.


Apa ni semua? I malu -- I ingat betul you suka I. Tapi kelakar sangat bila you cakap you confused -- You suka dia atau I. I sumpah tak percaya. Ini salah satu sebab kenapa I kena ignore perasaan-perasaan yang pelik yang mula nak datang pada I. Sebab macam ni lah. Kalau orang lain tahu, orang lain cakap apa? 'Perasan weyh kau Ryeha dia suka kau!' --- Ini dah dikira REJECTED tahu? 


Sumpah I masih keliru. Kenapa I kena ambil tahu ni semua waktu ini? Tell me?


Dear diary, send me someone to say everything's okay.







p/s : korang, ini cerita betul ke rekaan? ngehngehngeh :D







No matter how big the world is, if we are meant to be together, love will lead us to be together :)


Spread Love ;
ZRHA :')  





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

25 January 2013

Negeri Sembilan Trip (teaser)













Hari raya bersama kelasmet.



Bhahahahahha bajet nyaaa aku nak buat entry teaser bagai ni weyhh?!
Gelak guling-guling dekat diri sendiri. Hahahah.

Okbyeeee!





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

22 May 2012

Cameron Highlands Trip - April 2012






13, 14 & 15 April 2012 - Tarikh yang tak kan pernah aku lupa, lagikan kenangan yang aku lalui ketika itu.  Tuhan jek yang tahu. Aku ada bagi tahu korang kan sebelum nih pasal CH Trip nih dekat entry sebelum sebelum sebelum ni. Tapi aku asyik lupa jek nak update pasal ni. Maaf-maaf. Saya terlupa. Erkkk -,-
*ayat bajet ada orang baca blog aku -,- * 

Kitaorang gerak dari kampus pagi, waktu standard lah pukul 9am gitu. Gedebak gedebuk, bla bla bla bla. Welcome to Perak Darul Ridzuan! Haa, sampai Perak sudah. Kami naik CH dari jalan Tapah - Jalan seperti ular kena palu. MasyaAllah, aku memang tak boleh kalau jalan macam tuh. Akibatnya, ~..~''


Keadaan tidak terurus ketika ini. Tudung entah bagaimana rupa sudah diabaikan. Selimut itu pinjam sebab tak bawak sweater. APTB -,-


Gadis-gadisku kata Miss Fairuz. Masa nih semua kelaparan. Kami stay di Tanah Rata yang takde apa-apa. Gerak pergi Brinchang dalam jam 6.30pm gitu tak silap -,-

Malam tuh lepas makan secara percuma, kami dibenarkan Miss untuk menghabiskan duit & masa berjalan dekat Pasar Malam Brinchang. Macam-macam ada. Tapi as usual apa yang dicari adalah, strawberi coklat, teh, bantal strawberi & fridge magnet sebagai ole-ole. Paling penting, aku mesti beli bantal sebab aku tak boleh bayangkan kepala aku nak tidur macam mana bila balik JB nanti.Opps, lupa pulak. Ibu pesan strawberi kering jangan lupa. Comel gila ibu bila aku call dia pesan sebegitu.


Next day - Red day with Miss Fairuz. Awww. Macam adik-beradik kan? Hehehehe. Waktu pagi masa ni, dalam pukul 8am. Gerak pergi Bharat Tea - Ladang Teh sebagai tempat pertama dilawati. Hehehe. Ini paling best! Jom tengok gambar! 


Ya, Daeem, Me & Erni.

Mata semua sepet jek kan? Masa nih matahari baru naik. Jadi, muka cun yang bertepek bedak semua mula mengeluarkan titis-titis air yang dipanggil peluh. Nampak tak semua pakai sweater? Daeem tuh ada sweater, letak dalam bas. Aku? Sobs sobs.


Ayuz, Ryeha, Ein, Ude, Imah, Sabah & Wiah.
Erin, Ejad, Mas & Erni.


Nice view isn't it?


Gila tak macho diorang nih kan?


Tengok kitaorang, gila berani sampai kena turun  tangga pegang besi takut jatuh -,-


Kiyu, Taj, Ryeha, Imah & Odeng.


Next destination - Strawberry Farm!!
Fried Ice-cream, Strawberry Waffle, Strawberry Pancake, Strawberry Milk Shake & everything about strawberry. Masa ni semua sedang kelaparan sebab tak breakfast lagi kan. Habis duit melantak benda nih. Serius yummy! Boleh jumpa dekat JB, but not the same taste, original made in CH :p




Ini semua masa dekat Strawberry Farm. Aku beli strawberi kering yang ibu pesan.
 4 kotak RM10, 7 kotak RM20. Berbaloi tak? Boleh lahh :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')