
13, 14 & 15 April 2012 - Tarikh yang tak kan pernah aku lupa, lagikan kenangan yang aku lalui ketika itu. Tuhan jek yang tahu. Aku ada bagi tahu korang kan sebelum nih pasal CH Trip nih dekat entry sebelum sebelum sebelum ni. Tapi aku asyik lupa jek nak update pasal ni. Maaf-maaf. Saya terlupa. Erkkk -,-*ayat bajet ada orang baca blog aku -,- *
Kitaorang gerak dari kampus pagi, waktu standard lah pukul 9am gitu. Gedebak gedebuk, bla bla bla bla. Welcome to Perak Darul Ridzuan! Haa, sampai Perak sudah. Kami naik CH dari jalan Tapah - Jalan seperti ular kena palu. MasyaAllah, aku memang tak boleh kalau jalan macam tuh. Akibatnya, ~..~''
Keadaan tidak terurus ketika ini. Tudung entah bagaimana rupa sudah diabaikan. Selimut itu pinjam sebab tak bawak sweater. APTB -,-
Gadis-gadisku kata Miss Fairuz. Masa nih semua kelaparan. Kami stay di Tanah Rata yang takde apa-apa. Gerak pergi Brinchang dalam jam 6.30pm gitu tak silap -,-
Malam tuh lepas makan secara percuma, kami dibenarkan Miss untuk menghabiskan duit & masa berjalan dekat Pasar Malam Brinchang. Macam-macam ada. Tapi as usual apa yang dicari adalah, strawberi coklat, teh, bantal strawberi & fridge magnet sebagai ole-ole. Paling penting, aku mesti beli bantal sebab aku tak boleh bayangkan kepala aku nak tidur macam mana bila balik JB nanti.Opps, lupa pulak. Ibu pesan strawberi kering jangan lupa. Comel gila ibu bila aku call dia pesan sebegitu.
Next day - Red day with Miss Fairuz. Awww. Macam adik-beradik kan? Hehehehe. Waktu pagi masa ni, dalam pukul 8am. Gerak pergi Bharat Tea - Ladang Teh sebagai tempat pertama dilawati. Hehehe. Ini paling best! Jom tengok gambar!
Ya, Daeem, Me & Erni.
Mata semua sepet jek kan? Masa nih matahari baru naik. Jadi, muka cun yang bertepek bedak semua mula mengeluarkan titis-titis air yang dipanggil peluh. Nampak tak semua pakai sweater? Daeem tuh ada sweater, letak dalam bas. Aku? Sobs sobs.
Ayuz, Ryeha, Ein, Ude, Imah, Sabah & Wiah.Erin, Ejad, Mas & Erni.
Nice view isn't it?
Gila tak macho diorang nih kan?
Tengok kitaorang, gila berani sampai kena turun tangga pegang besi takut jatuh -,-
Kiyu, Taj, Ryeha, Imah & Odeng.
Next destination - Strawberry Farm!!Fried Ice-cream, Strawberry Waffle, Strawberry Pancake, Strawberry Milk Shake & everything about strawberry. Masa ni semua sedang kelaparan sebab tak breakfast lagi kan. Habis duit melantak benda nih. Serius yummy! Boleh jumpa dekat JB, but not the same taste, original made in CH :p
Ini semua masa dekat Strawberry Farm. Aku beli strawberi kering yang ibu pesan. 4 kotak RM10, 7 kotak RM20. Berbaloi tak? Boleh lahh :')
Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')