Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

31 January 2012

Nama Saya Ryeha.







Nama saya Ryeha. Ejanya memang disengajakan begitu. Konon-konon orang putih. Tapi bunyinya begini ya kawan-kawan, Rai-Ha. 'Ha' itu nipis sahaja. Nama penuh saya, ahh rahsia lah. Tak privacy langsung! hish! Saya budak perempuan berumur 19 tahun tapi dah tahun 2012, maksudnya saya dah,
ahhh! tak boleh terima kenyataan! ^^ Siapa yang lahir tahun 1992, umur korang berapa? Mengaku dak? ke masih sweet seventeen? bluekkkk! muntah sekarang!! perasan lebih laa.

Saya anak ibu dan ayah yang manja dan sangat manja dan mengada-ngada kadang-kadang. Sebab saya tinggal dengan ayah dan ibu sahaja dirumah. Kakak dan abang sulung saya sudah mendirikan rumah tangga dan tinggal berasingan. Abang kedua saya tinggal dirumah lain. Tapi selalu laa balik rumah jugak. Haha. Saya sayang abang kakak ayah ibu saya. Tanpa mereka siapalah saya Y_Y



p/s : sejak dua menjak ni dia suka bebeno mendermakan darahnya.
Kurang faham. Ouh terlupa, dia tercabar dengan kakaknya :D


Saya ada kawan baik. Kawan baik saya ada ramai. Lebih dari satu itu ramai kan? Nama BFF saya ialah Nurul Amalina Binti Abdul Wahab. Saya panggil dia gemok buncit, dan dia panggil saya gemok buncit kuasa dua. Erkk. Sampai hati dia kan? Takpe, saya tetap sayang dia muahmuah. Dia sangat memahami sifat kegedikan saya sejak kami berkawan. Dia selalu bagi saya hadiah. Ouh dia sayangkan saya, saya tahu :)


p/s : Melaka in 24 hour. Hebak kan saya? Saya datang Melaka sebab nak jemput dia pulang ke JB taw.
Maniskan saya? Sebab tuh saya BFF dia :)



p/s : In memory - Last time keluar sama-sama. Bowling time with them.
Serius best :)


Saya ada Bestie lagi dua orang, Bestie AKA Lesbo Partner. Aww aww ^^
Saya selalu keluar dengan mereka sejak-sejak meninggalkan zaman persekolahan beberapa tahun ni. Mereka sangat comel ya kawan-kawan. Dengan mereka lah sesi meluahkan perasan sering berlaku. Saya kureng bercerita tentang hati ke hati sikit dengan BFF saya. Mereka ialah Aisyah & Syamim. Saya selalu panggil diorang baby dan segala bahasa manja tahap muntah hijau. Korang nak tahu, kami selalu berangan-rangan taw. Salah satu benda yang kami berangankan adalah tentang 'Bubbly Amygo's Cafe & Unnie Bakery'. Nama tuh saya dah lupa dan mula menciptanya sendiri. Haha. Itu adalah future plan kami. Doakan taw. Huhu.

Hmm, Haa, lagi satu kan cerita cinta kami sama sahaja. Kami tersuka dan ter ter ter dengan seorang lelaki, ouh bukan lelaki yang sama. Cuma lelaki yang sudah ada seorang perempuan yang dipanggil Special Girlfriend. Bodoh ke tidak? Bodoh giloo. Ishh, sekarang kami bahagia dengan hidup kami yang begini. Takpe, nanti mesti kami dapat lelaki yang ada sixth packs yang handsome, drive bumblebee, dan punya kecacatan dipipi dipanggil lesung batu. Ehh bukan, lesung pipit. Macam saya :) # demand habis!

Saya suka habiskan masa saya, bersengkang mata dengan online. Okay, tiba masanya untuk saya mengudurkan diri. Selamat malam. Terima kasih melayan penyakit giloo saya. Okbyee! Muahmuah! :')


Spread Love :
Ms RR :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

30 January 2012

Keluarga Baharu :)







Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kau kurniakan mereka untuk aku juga kedua ibu bapaku.
Aku bahagia dengan kehadiran mereka dalam keluarga kami.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari perselisihan faham,
eratkan kami dengan gelak ketawa dan sujud syukur atas kurniaanMu juga rezeki yang Kau kurniakan buat kami semua.

Dengan izinMu Ya Allah,
wujudkanlah keluarga kembangan yang ku perolehi sehingga akhir nafasku,
hanya padaMu ku mohon doa ini Ya Allah.

Jangan engkau pisahkan kami dengan bisikan syaitan yang
terbisik disebalik cuping telinga kami.

Terima kasih Ya Allah atas jalan cerita yang telah kau tuliskan buat kami semua.

Alhamdulillah, aku punya keluarga baharu :)



Abang Faried & Kak Nysa, adik sayang korang taw! muah sikit meh :p



Spread Love :
Ms RR ;')







Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

7 January 2012

Aku dan Ryeha.





Pipi berlubang itu, anugerah tak ternilai bagi aku walaupun pipi seluas lapangan terbang antarabangsa yang tidak kelihatan menarik buat engkau. Aku tidak punya sebaris gigi yang cantik sepertinya, sebab tuh aku kena pakai braces! erk! #merepek!

Senyuman yang terukir tidak mampu membuat kau membalasnya. sumpah ianya pedih! Tidak mengapa, aku tidak apa-apa secara fizikalnya. Aku luka dalaman yang hanya mampu untuk kurawat sendiri. Air mata bergenang dan menitis hanya aku yang merasa.

Ee, tak cantiknya kau perempuan. Bila kau nak belajar menjadi seorang yang cantik dan lebih cantik? Kau memang suka jadi tak cantik ea? Sampai hati kawan kau cakap kau macam tuh? Hoish! kawan tak guna! Macam muka kau flawless sangat! Untung ini masa kau. Kalau Tuhan tarik balik nikmat kekasih hati yang kau miliki saat ini, bagaimana? Kau mahu menangis sehingga terpancut air mata darah? Aku harap kau merasai apa itu malu ditahap ingin memakai rambut palsu yang bisa menutup keseluruhan muka mu! Aku diam tidak bererti aku cool, sesungguhnya aku bukan cool orangnya. Aku hot!!

Senyuman itu, mahai! hikhikhik. Okbyeee!

Tak nak Spread Love :
Ms. RR :(





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

6 January 2012

Lantak pi laaa, ce positif sikit!


Hai korang! Lamanya tak mop lantai dekat sini. Patutlah kaki korang hitam legam berabuk lepas blogwalking dekat blog Ryeha nih. Well, aku busy weyh lately nih. Macam tidak berkesempatan nak mengemas. Huhu. By the way, macam-macam cerita aku dengar dalam masa beberapa hari aku tak update blog aku nih. Haih. Kecil jep dunia nih rasa bila ada internet. Ce korang bayangkan, budak darjah 1 pun dah ada Facebook. Yang ada blog jangan cerita. Lagi cantik adalah blog diorang dari kita yang dah tua bangka nih. Hikhik.


Aku pasti dua tiga hari lepas mesti korang dah dengar macam-macam cerita pasal budak genius negara kita yang suatu dahulu dibanggakan seluruh Malaysia tentang kejayaan 17A1 SPM 2004 yang beliau peroleh, en en? Aku memang respek dia gila vavi ouh dia dapat 17A1. Ingat senang ke nak kejar A1? Aku yang ambil 9 subjek pun dapatnya tak semua. Tapi Alhamdulillah lah, hehe.



Masa korang baca article pasal dia, mesti ada yang dah maki hamun dia en? Banyak weyh blog sana sini cerita pasal dia. Aku macam tak percaya pulak. Tapi lama-lama, aku search sendiri baru aku faham. Kesian jugak dekat dia bila aku baca komen by komen dari orang ramai mengutuk dia bagai. Last-last lepas beberapa hari dah kecoh satu dunia pasal gambar dia pakai net legging tuh, mak dia berani gilo buat press confront, panggil reporter semua. Mestilah nak back up anak en? Mak mana yang tak luluh hati anak sendiri kena caci satu dunia.


Aku tak lah blame Si Pandai nih 100% bila dia jadi macam nih. Isu pakai tudung tuh. Come on people, aku pure Johorean. Lahir dan besar dekat sini dan hanya di Johor wujud sekolah agama yang berbangunan sendiri mengajar anak-anak mengenal Islam sejak berumur 7 tahun lagi. Terang-terang kitaorang ke sekolah memang diwajibkan memakai tudung bermula dari umur 10tahun lagi sampailah sekolah menengah. Pelajar disekolah memakai tudung dan diluar free hair itu perkara biasa. Aku tak cakap pasal hukum dan aku tak back up Amalina nih, cuma aku nak buka mata fikiran korang, public kenal dia lepas dia cemerlang gemilang terbilang dengan keputusan SPM dia en? Masa tuh dia sekolah lagi weyh. Mestilah dia pakai tudung. Kata wajib pergi sekolah pakai tudung. Kan? Jadi, tepuk dada buka mata.


Semua benda jadi ada sebab, mungkin Tuhan nak menguji dia dengan cara nih. Kalau kita entah macam mana pula ujian yang Tuhan kenakan. Takde orang tahu. Tapi percayalah, semua yang jadi ada sebab dan hikmah disebaliknya. Kita manusia, tak lari dari buat silap. Tercakap 'ahhh' dengan ibu ayah pun dah dosa kan? Kalau nak cakap Si Pandai nih berkelakuan yang tidak baik, ce cermin diri kita sendiri. Mungkin dia ada sebab kenapa dia berpakaian macam tuh & kenapa rambut dia rebonding color macam tuh. Sebab dia seorang pelajar yang bijak akalnya, satu dunia nak cerita tak puas hati pasal dia? Kenapa artis Malaysia yang belajar sampai SPM, pakai mini skirt, rambut berwarna-warni & senyum telinga ke telinga, peluk-peluk bergambar dengan lelaki tidak dipertikaikan? Manusia rambut sama hitam, hati lain-lain. Selalu kan dengar pepatah tuh? Don't judge a book by its cover dear. Huh, life is unfair.


Sekarang nih semua asyik nak cakap pasal dia yang dah berubah fizikalnya. Dulu bertudung, sekarang rambut dibiar angin menutup menutup mata. Semua orang akan berubah. Masa berubah, manusia pun akan berubah. Cuma perubahan itu positif dan negatif saja. Sesungguhnya manusia tuh ada kelebihan dan kekurangannya. Mungkin kelebihan yang Si Pandai nih ada adalah berjaya dalam pelajaran, kekurangannya biarlah Tuhan saja yang tahu, Tak perlu diuar-uarkan keburukan itu. Simpan saja dalam kocek, nescaya mereka juga akan menyimpan engkau punya sebegitu juga.


Kalau kita sedang kecewa dengan kelakuan seseorang yang menyakiti hati kita, cuba kita ubah tanggapan negatif itu supaya tidak berleluasa menguasai fikiran kita. Ce korang fikir apa kebaikan yang dah dia buat dekat kita selama nih. Macam dalam persahabatan juga. Bertikam lidah & perselisihan faham itu asam garam. Tak kan nak fikir buruk pasal kawan sendiri yang dah hari-hari ketawa sama-sama, makan, belajar bersama tuh kan? Sudah sampai masa untuk belajar menerima keadaan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Trust me, everything happen for a reason. Aku pun pernah silap langkah dulu. Tapi Alhamdulillah, aku mencuba untuk jadi yang lebih baik dari sebelum. Bagi aku peluang. Bagi mereka peluang kawan-kawan, mereka juga berhak diberi peluang kedua. Jangan dicaci kesilapan pertama mereka, cuba engkau memakai kasut yang sama dengan dia, apa perasaan kau? Tepuk dada, buka mata, tanya selera. Bumi ini sfera bentuknya. Kalau kau mula berjalan dari timur, kau akan jumpa timur sekali lagi apabila kau puas meneroka barat.


Aku cuba positif tentang kes Si Pandai nih walaupun negatif lebih banyak kelihatan. Doakan dia berpeluang berubah dan kembali ke jalan Allah. Allah itu Maha Adil. InsyaAllah, dengan izinNya Si Pandai ini akan pulang kepangkal jalan. Aku percaya, semua orang boleh berubah kalau hati & akalnya dikawal rapi. Nasihat bersama ye kawan-kawan? Aku pun manusia yang selalu buat salah. Satu benda aku nak share lagi. Jangan gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh, tok sah lah nak mengaku join modelling dengan alasan produksi mencari model muslimah, sedangkan kau menunjukkan jugak ribuan helaian rambut itu depan berjuta manusia. Manusia jenis macam nih korang tak nak kutuk ke? -,-'


Masa berubah, manusia juga berubah.
Orang yang pakai tudung pun belum tentu hati dia putih berseri kan?
Renung selagi boleh renung.

Spread Love ;
Ms. RR :')


# Jangan nak emosi ea baca entri nih.

Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')