Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

31 January 2012

Nama Saya Ryeha.







Nama saya Ryeha. Ejanya memang disengajakan begitu. Konon-konon orang putih. Tapi bunyinya begini ya kawan-kawan, Rai-Ha. 'Ha' itu nipis sahaja. Nama penuh saya, ahh rahsia lah. Tak privacy langsung! hish! Saya budak perempuan berumur 19 tahun tapi dah tahun 2012, maksudnya saya dah,
ahhh! tak boleh terima kenyataan! ^^ Siapa yang lahir tahun 1992, umur korang berapa? Mengaku dak? ke masih sweet seventeen? bluekkkk! muntah sekarang!! perasan lebih laa.

Saya anak ibu dan ayah yang manja dan sangat manja dan mengada-ngada kadang-kadang. Sebab saya tinggal dengan ayah dan ibu sahaja dirumah. Kakak dan abang sulung saya sudah mendirikan rumah tangga dan tinggal berasingan. Abang kedua saya tinggal dirumah lain. Tapi selalu laa balik rumah jugak. Haha. Saya sayang abang kakak ayah ibu saya. Tanpa mereka siapalah saya Y_Y



p/s : sejak dua menjak ni dia suka bebeno mendermakan darahnya.
Kurang faham. Ouh terlupa, dia tercabar dengan kakaknya :D


Saya ada kawan baik. Kawan baik saya ada ramai. Lebih dari satu itu ramai kan? Nama BFF saya ialah Nurul Amalina Binti Abdul Wahab. Saya panggil dia gemok buncit, dan dia panggil saya gemok buncit kuasa dua. Erkk. Sampai hati dia kan? Takpe, saya tetap sayang dia muahmuah. Dia sangat memahami sifat kegedikan saya sejak kami berkawan. Dia selalu bagi saya hadiah. Ouh dia sayangkan saya, saya tahu :)


p/s : Melaka in 24 hour. Hebak kan saya? Saya datang Melaka sebab nak jemput dia pulang ke JB taw.
Maniskan saya? Sebab tuh saya BFF dia :)



p/s : In memory - Last time keluar sama-sama. Bowling time with them.
Serius best :)


Saya ada Bestie lagi dua orang, Bestie AKA Lesbo Partner. Aww aww ^^
Saya selalu keluar dengan mereka sejak-sejak meninggalkan zaman persekolahan beberapa tahun ni. Mereka sangat comel ya kawan-kawan. Dengan mereka lah sesi meluahkan perasan sering berlaku. Saya kureng bercerita tentang hati ke hati sikit dengan BFF saya. Mereka ialah Aisyah & Syamim. Saya selalu panggil diorang baby dan segala bahasa manja tahap muntah hijau. Korang nak tahu, kami selalu berangan-rangan taw. Salah satu benda yang kami berangankan adalah tentang 'Bubbly Amygo's Cafe & Unnie Bakery'. Nama tuh saya dah lupa dan mula menciptanya sendiri. Haha. Itu adalah future plan kami. Doakan taw. Huhu.

Hmm, Haa, lagi satu kan cerita cinta kami sama sahaja. Kami tersuka dan ter ter ter dengan seorang lelaki, ouh bukan lelaki yang sama. Cuma lelaki yang sudah ada seorang perempuan yang dipanggil Special Girlfriend. Bodoh ke tidak? Bodoh giloo. Ishh, sekarang kami bahagia dengan hidup kami yang begini. Takpe, nanti mesti kami dapat lelaki yang ada sixth packs yang handsome, drive bumblebee, dan punya kecacatan dipipi dipanggil lesung batu. Ehh bukan, lesung pipit. Macam saya :) # demand habis!

Saya suka habiskan masa saya, bersengkang mata dengan online. Okay, tiba masanya untuk saya mengudurkan diri. Selamat malam. Terima kasih melayan penyakit giloo saya. Okbyee! Muahmuah! :')


Spread Love :
Ms RR :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

0 orang doakan aku jumpa Rafael:

Post a Comment

Haihai, pendapat aku macam nih. Pendapat korang macam mana?