Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

6 January 2012

Lantak pi laaa, ce positif sikit!


Hai korang! Lamanya tak mop lantai dekat sini. Patutlah kaki korang hitam legam berabuk lepas blogwalking dekat blog Ryeha nih. Well, aku busy weyh lately nih. Macam tidak berkesempatan nak mengemas. Huhu. By the way, macam-macam cerita aku dengar dalam masa beberapa hari aku tak update blog aku nih. Haih. Kecil jep dunia nih rasa bila ada internet. Ce korang bayangkan, budak darjah 1 pun dah ada Facebook. Yang ada blog jangan cerita. Lagi cantik adalah blog diorang dari kita yang dah tua bangka nih. Hikhik.


Aku pasti dua tiga hari lepas mesti korang dah dengar macam-macam cerita pasal budak genius negara kita yang suatu dahulu dibanggakan seluruh Malaysia tentang kejayaan 17A1 SPM 2004 yang beliau peroleh, en en? Aku memang respek dia gila vavi ouh dia dapat 17A1. Ingat senang ke nak kejar A1? Aku yang ambil 9 subjek pun dapatnya tak semua. Tapi Alhamdulillah lah, hehe.



Masa korang baca article pasal dia, mesti ada yang dah maki hamun dia en? Banyak weyh blog sana sini cerita pasal dia. Aku macam tak percaya pulak. Tapi lama-lama, aku search sendiri baru aku faham. Kesian jugak dekat dia bila aku baca komen by komen dari orang ramai mengutuk dia bagai. Last-last lepas beberapa hari dah kecoh satu dunia pasal gambar dia pakai net legging tuh, mak dia berani gilo buat press confront, panggil reporter semua. Mestilah nak back up anak en? Mak mana yang tak luluh hati anak sendiri kena caci satu dunia.


Aku tak lah blame Si Pandai nih 100% bila dia jadi macam nih. Isu pakai tudung tuh. Come on people, aku pure Johorean. Lahir dan besar dekat sini dan hanya di Johor wujud sekolah agama yang berbangunan sendiri mengajar anak-anak mengenal Islam sejak berumur 7 tahun lagi. Terang-terang kitaorang ke sekolah memang diwajibkan memakai tudung bermula dari umur 10tahun lagi sampailah sekolah menengah. Pelajar disekolah memakai tudung dan diluar free hair itu perkara biasa. Aku tak cakap pasal hukum dan aku tak back up Amalina nih, cuma aku nak buka mata fikiran korang, public kenal dia lepas dia cemerlang gemilang terbilang dengan keputusan SPM dia en? Masa tuh dia sekolah lagi weyh. Mestilah dia pakai tudung. Kata wajib pergi sekolah pakai tudung. Kan? Jadi, tepuk dada buka mata.


Semua benda jadi ada sebab, mungkin Tuhan nak menguji dia dengan cara nih. Kalau kita entah macam mana pula ujian yang Tuhan kenakan. Takde orang tahu. Tapi percayalah, semua yang jadi ada sebab dan hikmah disebaliknya. Kita manusia, tak lari dari buat silap. Tercakap 'ahhh' dengan ibu ayah pun dah dosa kan? Kalau nak cakap Si Pandai nih berkelakuan yang tidak baik, ce cermin diri kita sendiri. Mungkin dia ada sebab kenapa dia berpakaian macam tuh & kenapa rambut dia rebonding color macam tuh. Sebab dia seorang pelajar yang bijak akalnya, satu dunia nak cerita tak puas hati pasal dia? Kenapa artis Malaysia yang belajar sampai SPM, pakai mini skirt, rambut berwarna-warni & senyum telinga ke telinga, peluk-peluk bergambar dengan lelaki tidak dipertikaikan? Manusia rambut sama hitam, hati lain-lain. Selalu kan dengar pepatah tuh? Don't judge a book by its cover dear. Huh, life is unfair.


Sekarang nih semua asyik nak cakap pasal dia yang dah berubah fizikalnya. Dulu bertudung, sekarang rambut dibiar angin menutup menutup mata. Semua orang akan berubah. Masa berubah, manusia pun akan berubah. Cuma perubahan itu positif dan negatif saja. Sesungguhnya manusia tuh ada kelebihan dan kekurangannya. Mungkin kelebihan yang Si Pandai nih ada adalah berjaya dalam pelajaran, kekurangannya biarlah Tuhan saja yang tahu, Tak perlu diuar-uarkan keburukan itu. Simpan saja dalam kocek, nescaya mereka juga akan menyimpan engkau punya sebegitu juga.


Kalau kita sedang kecewa dengan kelakuan seseorang yang menyakiti hati kita, cuba kita ubah tanggapan negatif itu supaya tidak berleluasa menguasai fikiran kita. Ce korang fikir apa kebaikan yang dah dia buat dekat kita selama nih. Macam dalam persahabatan juga. Bertikam lidah & perselisihan faham itu asam garam. Tak kan nak fikir buruk pasal kawan sendiri yang dah hari-hari ketawa sama-sama, makan, belajar bersama tuh kan? Sudah sampai masa untuk belajar menerima keadaan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Trust me, everything happen for a reason. Aku pun pernah silap langkah dulu. Tapi Alhamdulillah, aku mencuba untuk jadi yang lebih baik dari sebelum. Bagi aku peluang. Bagi mereka peluang kawan-kawan, mereka juga berhak diberi peluang kedua. Jangan dicaci kesilapan pertama mereka, cuba engkau memakai kasut yang sama dengan dia, apa perasaan kau? Tepuk dada, buka mata, tanya selera. Bumi ini sfera bentuknya. Kalau kau mula berjalan dari timur, kau akan jumpa timur sekali lagi apabila kau puas meneroka barat.


Aku cuba positif tentang kes Si Pandai nih walaupun negatif lebih banyak kelihatan. Doakan dia berpeluang berubah dan kembali ke jalan Allah. Allah itu Maha Adil. InsyaAllah, dengan izinNya Si Pandai ini akan pulang kepangkal jalan. Aku percaya, semua orang boleh berubah kalau hati & akalnya dikawal rapi. Nasihat bersama ye kawan-kawan? Aku pun manusia yang selalu buat salah. Satu benda aku nak share lagi. Jangan gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh, tok sah lah nak mengaku join modelling dengan alasan produksi mencari model muslimah, sedangkan kau menunjukkan jugak ribuan helaian rambut itu depan berjuta manusia. Manusia jenis macam nih korang tak nak kutuk ke? -,-'


Masa berubah, manusia juga berubah.
Orang yang pakai tudung pun belum tentu hati dia putih berseri kan?
Renung selagi boleh renung.

Spread Love ;
Ms. RR :')


# Jangan nak emosi ea baca entri nih.

Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

0 orang doakan aku jumpa Rafael:

Post a Comment

Haihai, pendapat aku macam nih. Pendapat korang macam mana?