'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'
10 June 2012
Bye bye Ez.
Thursday, Friday & Saturday with Lovesssss.
Daiman Bowling, JJ.
Inilah budak yang paksa aku keluar dengan cara ugutan. Cisss!
Epok-epok girl.
Business card pun tak boleh receive seyh Ayoi ni.
LOL~
Pergi cuci gambar passport sebab Ahad kena register NR 'again'. 4 keping = RM9. Murah?
ZZ ke, Asri ke Secret Recipe? Hahahaha. Bajet banyak duit kan? Lalu aku pun tak tahu nak makan apa, (sebab malaon 3 orang ni makan roti canai) Apa rasa makan roti canai diwaktu petang kan? Haa amek kau, RM7 rojak aku beli. Tapi dimakan bersama & teh O ais limau 2 gelas -,-
Pukul 7.30pm gerak balik. Lama gila lepak. Cerita dari Form 1 sampai Form 5 tokok tambah cerita mak ayah dekat rumah dan jiran sebelah. Gila emosi bila tak puas hati. Habis melempiaskan sesama sendiri. Tenang sikit hati. Dah lama tak lepak & ini pertama kali aku lepak dekat mapley dengan 3 orang aweks ni. Sebelum ni bajet orang kaya lepak CS, Tebrau City dan makan dekat Mekdi, Sizzling Stone Grill etc walaupun duit hanya ada RM50. Puihh!
Setia Tropika - Taman Bukit Mutiara tak sampai 15 minit pun. Aku turun rumah Ama. Hari Sabtu nak buat IC dekat KDN, Setia Tropika. Sampai rumah Ama, tak panas bontot gerak pergi rumah aku pulak.
Taman Bukit Mutiara - Taman Molek. 10 minit jek mak kemas baju siap-siap nak lari rumah. Hahaha. Salam muah muah ibu, terus bla. Balik rumah Ama. Jumaat, aktiviti biasa aku bila ada cousin dia - Nina, Yaya & Adik Mimi adalah mandi kolam dekat Kompleks Mutiara belakang rumah diorang. Alhamdulillah, aku buat suatu benda baru yang selama ni aku tak pernah buat bila mandi kolam, harapan aku adalah semoga ianya menjadi kebiasaan aku bila aku pergi tempat sebegitu & malam tu jugak, kitaorang rasa 'Tonight, we're young,So let's set the world on fire,We can burn brighter than the sun' dan nyanyi macam band tu sedang buat persembahan. Hahaha. nampak sangat nipunya =,='
Tapi malam tu enjoy sebab banyak belajar benda baru bila dah ada dalam air tu. Seronok! Balik semua kebulur, masak nasi goreng dan makan sampai kenyang. Tengok TV, cerita hantu Thailand - Apa tah tajuk dia, Laddaland? Tah, tak ingat. Tidur pukul 3 pagi sebab baca Awek Chuck Taylor walaupun cerita tu habis pukul 1 pagi.
Sabtu, Taman Bukit Mutiara - Setia Tropika. Bangun pukul 8 pagi dengan niat nak buat IC baru sebab tak pernah renew IC since first time buat 8 years ago. Dah naik terkopek & kekuningan benda tu. Gila sadis! Pergi pukul 10 pagi, dapat no giliran 1137. Masa tu no yang naik, 1036 gitu lebih kurang. Naisss kan? -,-
Balik rumah, (in this case rumah Ama lah) pergi kedai beli ayam, etc sebab Cik Moni dah pesan suruh masak Ayam Kari. Bla bla bla, gerak pergi KDN balik, terlepas no giliran. Dengan muka bajet tak bersalah, pergi kaunter cakap no dah lepas. Tak sampai sepuluh minit tunggu, dah settle! Kejap gila weyh! Tapi nak tunggu IC siap dalam masa lebih kurang 2 bulan. Satu benda aku harap bila IC dah siap nanti adalah muka aku tak macam muka anak cino yang tengah tidur tapi dipaksa amek gambar =,=''
Balik, tanpa pengetahuan Cik Moni, kami lepak E&Y Taman Daya. Sebab KakLong Miera ni nak sangat makan Nan Cheese. Mengidam barangkali? Eh, dia masih anak dara suci. Muka bajet konpiden order dekat mamak tu sedangkan duit dalam tangan ada RM15. Last-last takde pun Nan Cheese, digantikan dengan Tosai kosong 2, tosai telur 1. Makan sampai lebam, terus pecut balik rumah.
Balik rumah gedebak gedebuk, tidur petang yang menyenangkan sebab hujan turun dengan bahagianya. Sampai 5.30pm baru bangun. Bangun-bangun lapar makan cekodok dan tengok TV. Nak balik Miera ni tak bagi, suruh balik malam. Nampak tak dia sayang aku? Hahahaha.
Sekarang dah ada dekat rumah. Esok Ahad. Isnin dah start kelas. Aku mengharapkan sesuatu keajaipan terjadi pada diri aku. Semoga aku kuat dan bersemangat nak tempuh hidup Semester 5 dekat UiTM JB tu. Semoga aku tak jadi diri aku pada Semester 2 & 4 yang teruk -,-
Okaylah, aku tak tahu kenapa aku cerita ni semua dekat blog aku. Bajet ada orang faham. Tapi, ehh suka hati aku lah! Hahahaha. gurau-gurau. Terima kasihlah pada siapa yang rajin nak baca blog aku ni setiap kali aku post dekat group blogger dekat FB tu.
*Budak umur 19 tahun pada masa kejadian. Sekarang dah 20th ^^
Aku terminat pulak dengan status kawan aku ni :')
Spread love ;
Ryehaaaaaaaaaa :')
7 June 2012
Sepetang bersama Buah Hati (kononnya) :)
Dah lama dah aku teringin nak pegi sini. Last-last dapat jugak. Tanpa dirancang. Sebab tu muka masing-masing macam haram. Tiga-tiga ekor baru bangun tidur. Cuci muka, pakai shawl, sarung sandal terus gerak. Ummi Humairah lagi bangsat pakai seliper aje. Cool gila kan? Bhahahahaha. Gila selekeh. Inilah namanya sahabat sejati. Selekeh pun bersama. Hahaha.
5 June 2012
Rafael Si Cinta Hati ♥
Kalau sekarang aku sedang fikirkan kau dekat mana dan apa
perasaan kau pada aku, adakah kau pun fikir perkara yang sama ye Rafael?
Mana kau Rafael? Kenapa kau lewat sangat muncul dalam hidup
aku? Ehh baru 20 tahun aje usia aku. Kau pulak berapa ye? Mata kau color coklet
ke biru? Tinggi kau mesti 170cm ++ kan? Awww. Mesti kau hensem kan Sayang?
Penat otak memikirkan. Aku harap kau pun rindukan aku macam
mana aku rindukan kau saat ni. Tak sabar rasanya ingin bersua muka. Mesti muka
kau manis kan Sayang? Sayangnya dekat kau ♥
Semalam, aku menangis sebab Ex aku dump aku. Dia cakap aku
tak cantik. Aku buruk-gemok-pendek-tak-comel-penipu. Aku menangis macam kena
tikam hati ni dari jarak dekat sebab sedih kena tuduh penipu. Sedih sangat
sangat. Lepas tu aku frust membaring terus tak pandang lelaki padahal aku
pernah suka lelaki lepas lelaki jahanam yang tak reti jaga hati aku tu. Terus
lelaki-lelaki tu tak layan aku pulak. Padan muka aku pulak. Cakap aku tak
cantik konon, padahal dia tu harap aje muka manis, tapi pendek! Hah, kan aku
dah mengutuk dia. Ish! Kau jangan macam tu ye Rafael. Kau jangan buat aku macam
tu taw :’)
Aku rasa lelaki suka perempuan pandai masak. Aku dah reti
masak sikit-sikit taw. Tapi tak lah power macam ibu. Ibu super power! Hehe.
Tapi masa aku jaga kakak, dia kata aku masak sedap. Boleh lah. Ibu pun sama,
pernah puji aku pandai masak. Cuma aku ni pemalas orangnya. Hehe. Takpe, nanti
lepas kita dah kawen, aku janji aku selalu masak untuk kau ok. Eh kau suka
makan apa? Ayam lemak cili padi? Alamak! Aku tak pandai masak lemak lah. Takpe
takpe, nanti aku suruh ibu ajar aku ye. Nanti lepas aku dah pandai masak, aku
masakkan untuk kau ye Rafael? Kau jangan risau taw! :’)
Kalau aku suka lelaki yang aktif bersukan, kau suka
perempuan yang macam mana? Eh, aku cair gila ok tengok mamat mamat main ragbi.
Aww aww ~ aku harap kau pun salah seorang pemain ragbi. Mesti badan kau taff
taff kan Sayang? Dah aku ni rangka besar tinggi, tak kan kau nak kecik dari aku
pulak kan? Kena lah sesuai. Hee. Aku harap fizikal kau sesuailah dengan aku.
InsyaAllah kalau Tuhan izinkan. Football player pun okay Sayang ♥
Rafael, aku bukan perempuan yang baik baik taw. Aku bukan
perempuan yang ketawa tutup mulut he he he he cenggitu. Aku kalau nak ketawa,
aku main ketawa jek berdekak. Mesti kau malu kan? Haa! Kau tak kesah? Ya Allah,
terima kasih Ya Allah. Kau faham aku rupanya. Semoga kita kekal sehingga akhir
nafas kita ye Rafael. Sayang kau :’)
Ehh kenapa kau pun ada gigi taring jugak? Ada jodoh ni. Aku
nak pakai braces la Sayang. Kau kesah tak? Nanti gigi aku cantik sikit, tak
jarang –jarang macam sekarang ni -,-
Rafael, aku harap kau dekat sana baik-baik aje. Walaupun aku
kurang sihat saat ni, aku doakan kau sihat dan dalam keadaan yang baik-baik
aje. Semoga Tuhan tetapkan yang terbaik buat kita ye. Kalau aku dekat sini
selalu berdoa yang kau bukan saja cantik rupanya, malah cantik akal juga hati
yang kau miliki. Semoga Tuhan permudahkan urusan dunia kita ye Sayang.
Sampai jumpa Sayangku Rafael. Aku selalu tunggu kau datang melamar
aku dengan senyuman kau yang manis sungguh buat aku cair. Sumpah tak cari
lelaki lain :’)
iLoveyou Rafael ♥
p/s : Aku tak cantik kan Sayang? Aku gemok-pendek-gelap-tak-comel :(
1 June 2012
June 2012
Dear June,
Words cannot describe how much I love you
From our little walks
To our little talks
I’m a little shocked
And I need to dock
These feelings that I hold inside
I know I’m right this time
I see the light that binds
And I heard it through the grapevine
That you wanted to be mine
I hope that you believe
For sure, I’ll never leave
We’ll stick like super glue
Dear June, I love you.
p/s : Semoga hadirnya kau membawa sinar kebahagian dalam hidup aku. Eceh!
Spread Love :
Ms RR :')