Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

5 June 2012

Rafael Si Cinta Hati ♥





Kalau sekarang aku sedang fikirkan kau dekat mana dan apa perasaan kau pada aku, adakah kau pun fikir perkara yang sama ye Rafael?

Mana kau Rafael? Kenapa kau lewat sangat muncul dalam hidup aku? Ehh baru 20 tahun aje usia aku. Kau pulak berapa ye? Mata kau color coklet ke biru? Tinggi kau mesti 170cm ++ kan? Awww. Mesti kau hensem kan Sayang?

Penat otak memikirkan. Aku harap kau pun rindukan aku macam mana aku rindukan kau saat ni. Tak sabar rasanya ingin bersua muka. Mesti muka kau manis kan Sayang? Sayangnya dekat kau 

Semalam, aku menangis sebab Ex aku dump aku. Dia cakap aku tak cantik. Aku buruk-gemok-pendek-tak-comel-penipu. Aku menangis macam kena tikam hati ni dari jarak dekat sebab sedih kena tuduh penipu. Sedih sangat sangat. Lepas tu aku frust membaring terus tak pandang lelaki padahal aku pernah suka lelaki lepas lelaki jahanam yang tak reti jaga hati aku tu. Terus lelaki-lelaki tu tak layan aku pulak. Padan muka  aku pulak. Cakap aku tak cantik konon, padahal dia tu harap aje muka manis, tapi pendek! Hah, kan aku dah mengutuk dia. Ish! Kau jangan macam tu ye Rafael. Kau jangan buat aku macam tu taw :’)

Aku rasa lelaki suka perempuan pandai masak. Aku dah reti masak sikit-sikit taw. Tapi tak lah power macam ibu. Ibu super power! Hehe. Tapi masa aku jaga kakak, dia kata aku masak sedap. Boleh lah. Ibu pun sama, pernah puji aku pandai masak. Cuma aku ni pemalas orangnya. Hehe. Takpe, nanti lepas kita dah kawen, aku janji aku selalu masak untuk kau ok. Eh kau suka makan apa? Ayam lemak cili padi? Alamak! Aku tak pandai masak lemak lah. Takpe takpe, nanti aku suruh ibu ajar aku ye. Nanti lepas aku dah pandai masak, aku masakkan untuk kau ye Rafael? Kau jangan risau taw! :’)

Kalau aku suka lelaki yang aktif bersukan, kau suka perempuan yang macam mana? Eh, aku cair gila ok tengok mamat mamat main ragbi. Aww aww ~ aku harap kau pun salah seorang pemain ragbi. Mesti badan kau taff taff kan Sayang? Dah aku ni rangka besar tinggi, tak kan kau nak kecik dari aku pulak kan? Kena lah sesuai. Hee. Aku harap fizikal kau sesuailah dengan aku. InsyaAllah kalau Tuhan izinkan. Football player pun okay Sayang 

Rafael, aku bukan perempuan yang baik baik taw. Aku bukan perempuan yang ketawa tutup mulut he he he he cenggitu. Aku kalau nak ketawa, aku main ketawa jek berdekak. Mesti kau malu kan? Haa! Kau tak kesah? Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Kau faham aku rupanya. Semoga kita kekal sehingga akhir nafas kita ye Rafael. Sayang kau :’)

Ehh kenapa kau pun ada gigi taring jugak? Ada jodoh ni. Aku nak pakai braces la Sayang. Kau kesah tak? Nanti gigi aku cantik sikit, tak jarang –jarang macam sekarang ni -,-

Rafael, aku harap kau dekat sana baik-baik aje. Walaupun aku kurang sihat saat ni, aku doakan kau sihat dan dalam keadaan yang baik-baik aje. Semoga Tuhan tetapkan yang terbaik buat kita ye. Kalau aku dekat sini selalu berdoa yang kau bukan saja cantik rupanya, malah cantik akal juga hati yang kau miliki. Semoga Tuhan permudahkan urusan dunia kita ye Sayang.

Sampai jumpa Sayangku Rafael. Aku selalu tunggu kau datang melamar aku dengan senyuman kau yang manis sungguh buat aku cair. Sumpah tak cari lelaki lain :’)

iLoveyou Rafael 



p/s : Aku tak cantik kan Sayang? Aku gemok-pendek-gelap-tak-comel :(




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

0 orang doakan aku jumpa Rafael:

Post a Comment

Haihai, pendapat aku macam nih. Pendapat korang macam mana?