Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

10 June 2012

Thursday, Friday & Saturday with Lovesssss.





Bangun lewat sebab malam tahan mata tengok Friday, I'm in Love - ulangan dekat Tonton kerana line wiFi jiran sebelah blok sangat laju. Siap sampai Episod 6, aku dengan tak berdaya akhirnya tewas lalu tidur. Bangun jam 12 mungkin, kalau tak silap. Dah la lapar, bilik tak kemas sebab tidur pusing 360 darjah atas katil. Gila ganas kan? Snow white bunyi pulak. Siapa yang call nih? Benda paling malas aku nak buat adalah angkat call bila aku sedang santai-santai menguap sambil tengok TV. Si CJ ni pulak yang call. Ajak aku keluar. Dia memang dah lama ajak aku kua, tapi aku takde pulak kertas bercetak Bank Negara Mesia dalam purse. Paksa punya paksa punya paksa, sampai sanggup ambil aku dekat Taman Molek walaupun mereka dekat BBU masa tu. Macam biasa, SA yang drive. Aku tak nak keluar kalau Ama tak kua, so mereka pergi pujuk Ama yang sedang masak dekat rumah. Akhirnyaaa, keluarlah 4 orang anak dara yang memang tak suka nak duduk rumah walaupun duit hanya ada RM40 saja.



Daiman Bowling, JJ.


Inilah budak yang paksa aku keluar dengan cara ugutan. Cisss!


Epok-epok girl.


Business card pun tak boleh receive seyh Ayoi ni. 
LOL~

Masa tu dah dekat pukul 3pm aku rasa, main 2 games, total - RM41.60. Sedap tak sedap kalau main beramai-ramai umpama tempat tu kami yang punya. Last-last baru nak warm up. Longkang adalah kawan baik bila main bowling. Setuju? Sampai tahap aku rasa nak buat divider kiri kanan supaya bola tu terus langgar binatang putih tuh dan 'X'!!! Hahahahahahahahaha. Dah laa tak makan lagi, sorang nak makan goreng-goreng, roti canai lah, nasi goreng kampung lah. Semua tembolok lembu sebab lapar. Dari JJ - Setia Tropika.


Pergi cuci gambar passport sebab Ahad kena register NR 'again'. 4 keping = RM9. Murah?


ZZ ke, Asri ke Secret Recipe? Hahahaha. Bajet banyak duit kan? Lalu aku pun tak tahu nak makan apa, (sebab malaon 3 orang ni makan roti canai) Apa rasa makan roti canai diwaktu petang kan? Haa amek kau, RM7 rojak aku beli. Tapi dimakan bersama & teh O ais limau 2 gelas -,-

Pukul 7.30pm gerak balik. Lama gila lepak. Cerita dari Form 1 sampai Form 5 tokok tambah cerita mak ayah dekat rumah dan jiran sebelah. Gila emosi bila tak puas hati. Habis melempiaskan sesama sendiri. Tenang sikit hati. Dah lama tak lepak & ini pertama kali aku lepak dekat mapley dengan 3 orang aweks ni. Sebelum ni bajet orang kaya lepak CS, Tebrau City dan makan dekat Mekdi, Sizzling Stone Grill etc walaupun duit hanya ada RM50. Puihh!

Setia Tropika - Taman Bukit Mutiara tak sampai 15 minit pun. Aku turun rumah Ama. Hari Sabtu nak buat IC dekat KDN, Setia Tropika. Sampai rumah Ama, tak panas bontot gerak pergi rumah aku pulak.

Taman Bukit Mutiara - Taman Molek. 10 minit jek mak kemas baju siap-siap nak lari rumah. Hahaha. Salam muah muah ibu, terus bla. Balik rumah Ama. Jumaat, aktiviti biasa aku bila ada cousin dia - Nina, Yaya & Adik Mimi adalah mandi kolam dekat Kompleks Mutiara belakang rumah diorang. Alhamdulillah, aku buat suatu benda baru yang selama ni aku tak pernah buat bila mandi kolam, harapan aku adalah semoga ianya menjadi kebiasaan aku bila aku pergi tempat sebegitu & malam tu jugak, kitaorang rasa 'Tonight, we're young,So let's set the world on fire,We can burn brighter than the sundan nyanyi macam band tu sedang buat persembahan. Hahaha. nampak sangat nipunya =,='

Tapi malam tu enjoy sebab banyak belajar benda baru bila dah ada dalam air tu. Seronok! Balik semua kebulur, masak nasi goreng dan makan sampai kenyang. Tengok TV, cerita hantu Thailand - Apa tah tajuk dia, Laddaland? Tah, tak ingat. Tidur pukul 3 pagi sebab baca Awek Chuck Taylor walaupun cerita tu habis pukul 1 pagi.

Sabtu, Taman Bukit Mutiara - Setia Tropika. Bangun pukul 8 pagi dengan niat nak buat IC baru sebab tak pernah renew IC since first time buat 8 years ago. Dah naik terkopek & kekuningan benda tu. Gila sadis! Pergi pukul 10 pagi, dapat no giliran 1137. Masa tu no yang naik, 1036 gitu lebih kurang. Naisss kan? -,-

Balik rumah, (in this case rumah Ama lah) pergi kedai beli ayam, etc sebab Cik Moni dah pesan suruh masak Ayam Kari. Bla bla bla, gerak pergi KDN balik, terlepas no giliran. Dengan muka bajet tak bersalah, pergi kaunter cakap no dah lepas. Tak sampai sepuluh minit tunggu, dah settle! Kejap gila weyh! Tapi nak tunggu IC siap dalam masa lebih kurang 2 bulan. Satu benda aku harap bila IC dah siap nanti adalah muka aku tak macam muka anak cino yang tengah tidur tapi dipaksa amek gambar =,=''

Balik, tanpa pengetahuan Cik Moni, kami lepak E&Y Taman Daya. Sebab KakLong Miera ni nak sangat makan Nan Cheese. Mengidam barangkali? Eh, dia masih anak dara suci. Muka bajet konpiden order dekat mamak tu sedangkan duit dalam tangan ada RM15. Last-last takde pun Nan Cheese, digantikan dengan Tosai kosong 2, tosai telur 1. Makan sampai lebam, terus pecut balik rumah.

Balik rumah gedebak gedebuk, tidur petang yang menyenangkan sebab hujan turun dengan bahagianya. Sampai 5.30pm baru bangun. Bangun-bangun lapar makan cekodok dan tengok TV. Nak balik Miera ni tak bagi, suruh balik malam. Nampak tak dia sayang aku? Hahahaha. 

Sekarang dah ada dekat rumah. Esok Ahad. Isnin dah start kelas. Aku mengharapkan sesuatu keajaipan terjadi pada diri aku. Semoga aku kuat dan bersemangat nak tempuh hidup Semester 5 dekat UiTM JB tu. Semoga aku tak jadi diri aku pada Semester 2 & 4 yang teruk -,-

Okaylah, aku tak tahu kenapa aku cerita ni semua dekat blog aku. Bajet ada orang faham. Tapi, ehh suka hati aku lah! Hahahaha. gurau-gurau. Terima kasihlah pada siapa yang rajin nak baca blog aku ni setiap kali aku post dekat group blogger dekat FB tu. 



*Budak umur 19 tahun pada masa kejadian. Sekarang dah 20th ^^




Aku terminat pulak dengan status kawan aku ni :')



Spread love ;
Ryehaaaaaaaaaa :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

0 orang doakan aku jumpa Rafael:

Post a Comment

Haihai, pendapat aku macam nih. Pendapat korang macam mana?