Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

29 April 2012

Dugaannya.





Korang pernah FRUST tak? Bila dah buat sesuatu tu bersungguh-sungguh, lepas tuh tak dapat apa-apa? Malahan kena ulang perbuatan itu lagi sehingga menjadi? Ya Allah, besarnya DUGAAN nih. Kat mana silapnya aku kena kerah. Semoga aku tabah. Menggigil aku. Aku menggigil saat ni. *sigh*
Dugaan, aku kena kuat. Tolong kuat!



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

27 April 2012

Hey Starbucker!






Hi korang! Hari nih aku dapat satu pengetahuan baharu. Dulu kita dah dengar dah sayup-sayup tentang ni. Macam pasti tak pasti. Tapi tadi, aku terbaca dekat satu page ni dekat FB. Pernah dengar Himpunan Mutiara Kata tak? One of my friend suka share news daripada HMK. Semuanya bagus-bagus dan berpengetahun taw. So, why not aku kongsikan ini dengan korang. Lagi-lagi teenage macam aku, yang kawan-kawan suka lepak-ing dekat Starbucks. Amboiii, ada kelass sangat laa kan lepak dekat sana. Mesti korang familiar kan dengan Starbucks? Well, merata dah weyh ada Starbucks ni. Latest place yang aku tak expect which is dekat Tanah Rata, Cameron Highlands. Woot woot, betapa kayanya owner Starbucks nih kan? Beliau bukan orang Islam yang penting okay! And one more thing, semua tahu kan Starbucks bukan Malaysia brand? International brand.




So, what the matters? Apa yang kau kecoh sangat nih Ryeha oi? Tak ke sedap Starbucks Frappuccino tuh weyh? Yelaa semua benda sedap kan dekat sana. Tapi tahukan anda, semua coklat, vanila & coffee drinks dijual disana mengandungi E471, mono di-glycefi deswhich daripada animal origin which is from PORK, Raspberry Frap menggunakan cherries yang dicelop dalam ARAK & tiramisu mengandungi RUM. Tapi masih banyak percanggahan tentang fakta-fakta ni. Orang sana sini termaksuk pihak JAKIM sendiri. 




Antara komen-komen mereka di FB.*gado-gado*


Ini dari pihak JAKIM sendiri. Persoalannya disini, HALAL ke HARAM Starbucks ni? Konpius laa! >.<
Sebagai orang yang berilmu, jangan cepat melatah. Kita kena tahu kalau kita nak makan sesuatu tuh tapi was-was, better tak payah makan terus kan?  Lagi satu, kalau nak masuk kedai makan tu, pastikan ada logo dan sijil HALAL dulu, dah pasti, serbu aja kedai tuh. Hehehehe. Senang kan? Kalau susah sangat, cari aja kedai yang sudah terang lagi bersuluh makanan dan minumannya halalan toyyiba disisi agama. Senang cerita. Sebagai konklusi, tepuk dada tanya selera dan aku bangga gilos tak pernah langsung minum atau makan dekat STARBUCKS! -,-



Salam Jumaat!

 

Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

26 April 2012

Hanya Untuk Kamu.


Raut wajah, mendamaikan.
Dan sesuci, selembut hatimu.
Sinar mata, mempesona.
Bagai gugur seluruh jantungku.

Aku ingin engkau tahu,
Cinta aku satu.
Tercipta buat dirimu,
Hanya,
Untuk kamu.


#menangis



♥ suatu hari, akan aku tunggu.


Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

25 April 2012

Ucu Aju is Better ♥





 
Rabu, 25 April 2012

Sis   :  What're you doing?
Me   :  Nothing, I dekat klinik. Amek ubat ibu. Why? Ehh! Tak keje ke?
Sis   :  Cuti sampai Sabtu. Aju nak datang awal ke? *i'm going to KL this Friday*
Me   :  Nope! On Friday laa.
Sis   :  Wokeyh! Dah beli tiket ke? I have a good news to share. Hahaha. *pelik & curios*
Me   :  Belum, abang beli laa. Haa, why??
Sis   :  Huhuhuhu.Buy me a beautiful maternity blouse. Hehehehehe.
Me   :  Haa?! Serious? Ommmaaiigooddd! Alhamdulillah! 
          I'm happy for you! I'm sure this will make other happy too. 
          Thanks God! I'm gonna be Auntie Aju  one day :D *cryyyyy*
Sis   :  Auntie Aju or Ucu Aju is better?
Me   :  Ucu Aju is better.
Sis   :  Jangan bagi tahu sape-sape dulu ok?
Me   :  Orait! Promise!
Sis   :  Hehehehe. Pray good things for me :)
Me   :  Yeah sure, i will. Take care! Jaga makan.
Sis   :  Hehehehe. K la, nak buat keje dulu ni.
Me   : Okayyyyy! 


Omaaiigooodddddddddddddddddd! Thank you ALLAH! Terima kasih untuk ini. Semoga sembilan bulan akan datang, akan berlaku perkara yang baik-baik. Terima kasih ya Allah atas kurniaan ni. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Ameen Ameen Ameen.
Aku orang pertama tahu lepas her hubby. Ibu pun tak tahu lagi. Heeee. *too happyyyy*
Take care dear sister. I do love you :)







Spread Loveeeeeeee :
Ms RR :')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

Under List.




Blackberry 9780 - Bold 3

O-M-Goddddddddddddddddddddd! i wanna this so badddddd!
Ada siapa-siapa nak let go tak dekat i?
HAHAHAHAHAHAHHA *desperate =,='


Spread Love;
Ms RR :')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

24 April 2012

Janin Bayi Kegemaran Apek & Nyonya.

Hi korang! Aku nak kongsi dengan korang satu benda nih. Mungkin ada daripada korang yang dah tahu, atau mungkin belum pernah tahu. Sumpah ini melebihi batas kemanusiaan. Takde hati juga perasaan manusia yang buat macam nih. Nah tahu apa? Jom zoom gambar bawah.

p/s : sorry tak clear sangat mungkin, aku copy daripada sumber.


Ini janin bayi. Dah sempurna kan rupa dia? Subhanaallah. Kejadian berlaku di China. Sebab tu aku cakap 'kegemaran Apek & Nyonya'. Orang dekat sana memang terkenal dengan makanan eksotik dan pelik-pelik. Menu paling pelik dan seram juga aneh adalah SUP JANIN BAYI.



Diorang menganggap SUP JANIN BAYI ni dapat menguatkan stamina dalam hubungan seks.
whatthehekkkk! cilak punya orang! *mengucap*


Korang nampak tak janin tuh sebesar tapak tangan orang tuh. Dekat situ juga ada bahan-bahan campuran nak dibuat sup. Restoran yang menghidangkan SUP JANIN BAYI ni selalunya mencari perempuan-perempuan mengandung yang mahu menggugurkan kandungan. Carik supplier janin bayi la apa lagi. Kejam punya manusia! Y_Y


Taraaaaa! SUP JANIN BAYI hidangan kegemaran orang China yang dianggap dapat menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks. *kepalahotakkau!


Apa pendapat korang tentang isu ni? Alhamdulillah dekat negara kita tak pernah pula berlaku lagi. Ya Allah, dunia nak kiamat nih korang. Sedihnya keadaan macam nih. Mana pergi nilai kemanusiaan pada diri diorang? Tak ada akal fikiran mungkin. Isu sebegini umpama menggalakan anak gadis untuk mengandung atau lebih kasar ia sebagai jalan mudah untuk gadis menggugurkan kandungan masing-masing, walaupun sakit tapi lumayan. Kenapa lumayan? Aku percaya restoran-restorang ni akan bagi duit yang banyak buat mereka. Jadi satu perkara yang tidak salah bagi mereka. Cilakkk! >.<


Spread Love :
Ms RR :)


♥ SHARE kalau mahu, digalakkan.



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

23 April 2012

Ambition is cita-cita.


Hi korang yang cantik lagi hensem bersama lesung pipit yang manis! Korang ada cita-cita tak? Nak jadi askar ke, doktor, pemuzik & lain-lain. Dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya, dah besar nak jadi apa? Aku selalu jawab, nak jadi macam cikgu lah. Bestnya ajar-ajar anak orang. Poyo habis dengan keyakinan yang tinggi aku jawab soalan cikgu aku. Dah besar nanti, aku nak jadik seorang pendidik yang berwibawa. Yes, itulah yang aku harapkan. Sumpah, aku bercita-cita sebegitu.


Setiap tahun masa sekolah rendah dulu, cikgu mesti suruh aku tolong isikan borang apa tuh yang ada berat, tinggi, cita-cita, hobi & detail murid tuh? Aku lupa. Borang tuh keras, warna coklat. Aku selalu kena tanya kawan-kawan, 'korang!! cita-cita nih nak tulis apa? Apa korang punya cita-cita?' Laa ada 3 pilihan. Banyak ouhh. Pilihan aku selalunya, doktor, cikgu, doktor, cikgu. MasyaAllah, nampak tak berkobar-kobar aku mengejar cita-cita? Haha. Pernah aku out of box, aku tulis 'JURURAWAT'. Kenapa? Sebab aku terpengaruh dengan kakak aku yang masa tuh baru tengah further study in Nursing dekat UM. Haha. Budak kecik kan? Senang terpengaruh. Tapi hati aku tetap dengan 2 pilihan tu. Poyo habis -,-


Lepas masuk sekolah menengah. Hidup makin mencabar. Belajar, masyaAllah susahnya. Lagi-lagi masa Form 1. Laa Maths & Science dalam bahasa omputeh. Almaklum lah, English i B's masa UPSR dulu. Huh! cacat dah sijil UPSR aku. Takpe, Alhamdulillah dapat rezeki belajar dekat sekolah bagus - Convent JB. Dekat situ bermulalah selok belok hidup, jatuh menangis, ketawa berguling semua.


Korang nak tahu satu hal tak? *cepat cakap ya! ya! ya! :p
Aku sebenarnya, sangat cinta dengan subjek Bahasa Melayu. Masa UPSR, ada 2 subjek bahasa Melayu kan? Pemahaman & Penulisan. Aku akan skor gila-gila dekat paper Penulisan. Kenapa? Sebab aku sangat suka menulis, bercerita & meluahkan idea-idea aku. Sejak Darjah 3, lepas Cikgu Salmah bagi hadiah pada aku sebab aku paling bagus buat karangan masa tuh, aku rasa sangat puas dan berkobar-kobar nak buat yang terbaik untuk next exam. Betul, sungguh aku cakap. Pandai kan cikgu, nak suruh murid belajar betul-betul, dia selalu kasi hadiah :')


Paling tak boleh lupa, masa darjah 5 - Peperiksaan Akhir Tahun. Aku duduk sebelah Zainuddin. Budak nih aku paling menyampah sekali. Laa budak kelas 4D, (budak second class, aku kelas 4C waktu tuh-first class). Dia suka kacau budak kelas aku. Kelas kitaorang memang bersebelahan masa Darjah 4 tu, tambahan pulak kelas kitaorang selalu dibandingkan dengan diorang taw. Mana tak marah. Hahaha. Zai, nama panggilan dia. Dia nih pun pandai jugak orangnya. Nak dijadikan cerita, dia dapat masuk kelas aku masa Darjah 5 tu-5C. Hishhh! Banyak orang tak suka dia. Pastu, back to our story, masa tengah jawab exam tuh, dia kacau aku. Sampai aku tak boleh concentrate jawab. Paper Penulisan kot masa tuh. Peh, menyirap siakkk! Idea gua hilang terus bila dengar suara dia. Cilak! >.< Lepas tuh kan korang, dugaan Allah, aku dapat B's untuk paper tuh. Aku sedih gila, menangis tak pasal-pasal. Hahah. Buruknya perangai masa tuh. Mana tak sedih, sebelum nih semua Ujian aku dapat A's untuk kertas Penulisan taw. Sobs Sobs.


Masa PMR pun sama. Aku pernah dapat hadiah daripada Puan Rathi-cikgu BM merangkap guru kelas 3A5. Kelas aku laa tuh. Kelas bermasalah. Hahahaha. Dapat note book jek pun kut, (bukan laptop taw :p ). Tapi rasa dihargai sangat. Masa tuh aku dengan Zaty jek dua orang dapat note book tuh. Then dia suruh baca karangan yang 300 patah perkataan tu depan kelas. Mak ngaii! Semputtttttt~ Hahahaha. Tapi rasa happy sangat taw. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah.


Naik Form 4, aku still disekolah yang sama. Tak pernah pasang niat nak masuk Teknik pun sebab tak tahu nak pilih kelas apa. Haha. Best Friend lari pindah teknik. Belajar BM dengan Puan Heryati untuk SPM. Beliau sangat berkeyakinan mengajar kami weyh! serious! Alhamdulillah, aku suka belajar dengan dia dan lepas jugak target untuk dapat A+ masa SPM.


Ehh apa motif cerita pasal sejarah aku belajar BM nih? Atoyaiii~ Sebenarnya, lepas mengharungi ini semua aku mula memasang cita-cita. Bukan yang baru, tapi lebih detail dan spesifik. Aku nak jadi cikgu yang hebat macam cikgu Salmah, Puan Rathi, Puan Heryati & semua cikgu yang ajar aku subjek Bahasa Melayu. Aku nak jadi hebat macam diorang. Bangga dengan bahasa sendiri dan berkongsi ilmu dengan anak bangsa. Besar pahalnya. Ya Allah. Dugaan~ aku mohon masuk IPG, tapi takde rezeki aku mungkin. Takpelah, aku bersyukur dengan peluang yang aku miliki sekarang.


Dalam hati masih ada secebis harapan, harap Allah permudahkan aku. Tak dapat jadi cikgu BM, cikgu Prinsip Akaun atau Matematik pun boleh laa. Tapi Maths sekolah rendah laa ye. Ekekekekekekek :p


Aku sangat cemburu dengan kawan-kawan aku yang tengah bertungkus lumus dekat IPG demi segulung ijazah dan tittle 'cikgu' tuh. Betul-betul cemburu. Miera, Amym, Pieqa, Deena, Amien, Izzan etc. Korang, aku betul-betul jeles bila aku tengok korang post status pasal korang pergi sekolah jumpa budak-budak semua. Lagi bile korang cerita pasal pengalaman korang dekat sana. Ya Allah, sedihnya tak dapat peluang macam korang. Beruntungnya korang Allah bagi peluang macam nih Y_Y


Berkati aku Ya Allah, izinkan aku menyarung jubah bergaris dua itu. Aku mohon permudahkan laluanku mencapai cita-cita yang sekian lama berkudis dihati ini. Dekatkan aku dengan perkara-perkara yang membawaku menuju kejayaan, didunia mahupun diakhirat. Amin, Ya Rabbal Al Amin.





Spread Love ;
Ms RR :')

♥ Diploma in Accountancy, you're my destiny.

Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

22 April 2012

Budak Kecil.



Mampukah aku untuk terus memberi senyuman palsu buat engkau?


Spread Love ;
Ms RR :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

21 April 2012

Missing In Action.




Oh hi, damn! dah lama tak bercurhat dekat blog. MasyaAllah, aku malas sangat weyh. Tak tahu apesal. Sedangkan banyak benda aku nak cerita pada korang. *ehhh ada orang nak dengar cerita aku ke? -,-
well, life is better with someone i loved. Alhamdulillah. Semua getting better. Engkau kawan, aku suka tengok perubahan kau. Alhamdulillah. Terima kasih sebab kau tak simpan apa-apa lagi tentang kita. Masa cepat sangat berlalu sampai aku tak sedar. Rindunyaa tadi aku tengok gambar kita sama-sama. Bila boleh ketawa macam gitu lagi?
Kau pulak, aku tak sampai hati nak masam muka dengan kau. Dulu, aku susah kau ada dengan aku. Sekarang aku susah, kau masih dengan aku. Terima kasih sayang. Kau tahu kan aku sayang kau? Kau dah janji kan tak nak gaduh dengan aku? Iyeee, aku pegang janji kau :')


Aku tengah cuti. Cuti sem sampai bulan Mei mungkin. Lamanyaaaa -,-
Minggu lepas aku pergi Trip to CH dengan classmate. MasyaAllah, seronoknyaa aku rasa. Terima kasih Tuhan kau beri aku peluang merasai kebahagiaan dengan mereka. Sekeping lagi memori tercipta. Rasa sayang makin membuak-buak. Aku tak sangka pulak kami satu kelas boleh masuk kepala sama-sama. Dulu masing-masing buat hal sendiri jek. Huhu.


Teruknya perangai budak ni kan? Next entry >.<



Spread love ;
Ms RR :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')