Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

23 April 2012

Ambition is cita-cita.


Hi korang yang cantik lagi hensem bersama lesung pipit yang manis! Korang ada cita-cita tak? Nak jadi askar ke, doktor, pemuzik & lain-lain. Dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu tanya, dah besar nak jadi apa? Aku selalu jawab, nak jadi macam cikgu lah. Bestnya ajar-ajar anak orang. Poyo habis dengan keyakinan yang tinggi aku jawab soalan cikgu aku. Dah besar nanti, aku nak jadik seorang pendidik yang berwibawa. Yes, itulah yang aku harapkan. Sumpah, aku bercita-cita sebegitu.


Setiap tahun masa sekolah rendah dulu, cikgu mesti suruh aku tolong isikan borang apa tuh yang ada berat, tinggi, cita-cita, hobi & detail murid tuh? Aku lupa. Borang tuh keras, warna coklat. Aku selalu kena tanya kawan-kawan, 'korang!! cita-cita nih nak tulis apa? Apa korang punya cita-cita?' Laa ada 3 pilihan. Banyak ouhh. Pilihan aku selalunya, doktor, cikgu, doktor, cikgu. MasyaAllah, nampak tak berkobar-kobar aku mengejar cita-cita? Haha. Pernah aku out of box, aku tulis 'JURURAWAT'. Kenapa? Sebab aku terpengaruh dengan kakak aku yang masa tuh baru tengah further study in Nursing dekat UM. Haha. Budak kecik kan? Senang terpengaruh. Tapi hati aku tetap dengan 2 pilihan tu. Poyo habis -,-


Lepas masuk sekolah menengah. Hidup makin mencabar. Belajar, masyaAllah susahnya. Lagi-lagi masa Form 1. Laa Maths & Science dalam bahasa omputeh. Almaklum lah, English i B's masa UPSR dulu. Huh! cacat dah sijil UPSR aku. Takpe, Alhamdulillah dapat rezeki belajar dekat sekolah bagus - Convent JB. Dekat situ bermulalah selok belok hidup, jatuh menangis, ketawa berguling semua.


Korang nak tahu satu hal tak? *cepat cakap ya! ya! ya! :p
Aku sebenarnya, sangat cinta dengan subjek Bahasa Melayu. Masa UPSR, ada 2 subjek bahasa Melayu kan? Pemahaman & Penulisan. Aku akan skor gila-gila dekat paper Penulisan. Kenapa? Sebab aku sangat suka menulis, bercerita & meluahkan idea-idea aku. Sejak Darjah 3, lepas Cikgu Salmah bagi hadiah pada aku sebab aku paling bagus buat karangan masa tuh, aku rasa sangat puas dan berkobar-kobar nak buat yang terbaik untuk next exam. Betul, sungguh aku cakap. Pandai kan cikgu, nak suruh murid belajar betul-betul, dia selalu kasi hadiah :')


Paling tak boleh lupa, masa darjah 5 - Peperiksaan Akhir Tahun. Aku duduk sebelah Zainuddin. Budak nih aku paling menyampah sekali. Laa budak kelas 4D, (budak second class, aku kelas 4C waktu tuh-first class). Dia suka kacau budak kelas aku. Kelas kitaorang memang bersebelahan masa Darjah 4 tu, tambahan pulak kelas kitaorang selalu dibandingkan dengan diorang taw. Mana tak marah. Hahaha. Zai, nama panggilan dia. Dia nih pun pandai jugak orangnya. Nak dijadikan cerita, dia dapat masuk kelas aku masa Darjah 5 tu-5C. Hishhh! Banyak orang tak suka dia. Pastu, back to our story, masa tengah jawab exam tuh, dia kacau aku. Sampai aku tak boleh concentrate jawab. Paper Penulisan kot masa tuh. Peh, menyirap siakkk! Idea gua hilang terus bila dengar suara dia. Cilak! >.< Lepas tuh kan korang, dugaan Allah, aku dapat B's untuk paper tuh. Aku sedih gila, menangis tak pasal-pasal. Hahah. Buruknya perangai masa tuh. Mana tak sedih, sebelum nih semua Ujian aku dapat A's untuk kertas Penulisan taw. Sobs Sobs.


Masa PMR pun sama. Aku pernah dapat hadiah daripada Puan Rathi-cikgu BM merangkap guru kelas 3A5. Kelas aku laa tuh. Kelas bermasalah. Hahahaha. Dapat note book jek pun kut, (bukan laptop taw :p ). Tapi rasa dihargai sangat. Masa tuh aku dengan Zaty jek dua orang dapat note book tuh. Then dia suruh baca karangan yang 300 patah perkataan tu depan kelas. Mak ngaii! Semputtttttt~ Hahahaha. Tapi rasa happy sangat taw. Alhamdulillah, rezeki daripada Allah.


Naik Form 4, aku still disekolah yang sama. Tak pernah pasang niat nak masuk Teknik pun sebab tak tahu nak pilih kelas apa. Haha. Best Friend lari pindah teknik. Belajar BM dengan Puan Heryati untuk SPM. Beliau sangat berkeyakinan mengajar kami weyh! serious! Alhamdulillah, aku suka belajar dengan dia dan lepas jugak target untuk dapat A+ masa SPM.


Ehh apa motif cerita pasal sejarah aku belajar BM nih? Atoyaiii~ Sebenarnya, lepas mengharungi ini semua aku mula memasang cita-cita. Bukan yang baru, tapi lebih detail dan spesifik. Aku nak jadi cikgu yang hebat macam cikgu Salmah, Puan Rathi, Puan Heryati & semua cikgu yang ajar aku subjek Bahasa Melayu. Aku nak jadi hebat macam diorang. Bangga dengan bahasa sendiri dan berkongsi ilmu dengan anak bangsa. Besar pahalnya. Ya Allah. Dugaan~ aku mohon masuk IPG, tapi takde rezeki aku mungkin. Takpelah, aku bersyukur dengan peluang yang aku miliki sekarang.


Dalam hati masih ada secebis harapan, harap Allah permudahkan aku. Tak dapat jadi cikgu BM, cikgu Prinsip Akaun atau Matematik pun boleh laa. Tapi Maths sekolah rendah laa ye. Ekekekekekekek :p


Aku sangat cemburu dengan kawan-kawan aku yang tengah bertungkus lumus dekat IPG demi segulung ijazah dan tittle 'cikgu' tuh. Betul-betul cemburu. Miera, Amym, Pieqa, Deena, Amien, Izzan etc. Korang, aku betul-betul jeles bila aku tengok korang post status pasal korang pergi sekolah jumpa budak-budak semua. Lagi bile korang cerita pasal pengalaman korang dekat sana. Ya Allah, sedihnya tak dapat peluang macam korang. Beruntungnya korang Allah bagi peluang macam nih Y_Y


Berkati aku Ya Allah, izinkan aku menyarung jubah bergaris dua itu. Aku mohon permudahkan laluanku mencapai cita-cita yang sekian lama berkudis dihati ini. Dekatkan aku dengan perkara-perkara yang membawaku menuju kejayaan, didunia mahupun diakhirat. Amin, Ya Rabbal Al Amin.





Spread Love ;
Ms RR :')

♥ Diploma in Accountancy, you're my destiny.

Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

0 orang doakan aku jumpa Rafael:

Post a Comment

Haihai, pendapat aku macam nih. Pendapat korang macam mana?