Black Moustache

'Blog Paling Lejen Dalam Hal Cinta'

26 May 2012

Congratulations brother!







Hai semua. Ini abang saya. Nama dia Hirjarul Aijat. Saya panggil dia Aijat Hensem. Ehh silap silap. *mati aku* Maaf, dia tak single lagi. Di sebelah beliau adalah kekasih hati pengerang jantung intan permata beliau. Jadi, jangan ganggu kalau taknak kena karate free :')

Entry ini sangat special buat beliau kerana beliau baru sahaja dengan bangganya minggu lepas punya lepas naik stage salam dengan ayahanda katanya sebab dengan rasminya sudah tamat Diploma. Huwaaaaa! Congratulationsssssssssssssss brother! Serius gua cemburu gilosss! Nak wish dekat wall lu tak special laa kan, nak komen dekat gambar lagi tak special sebab takde nama gua dalam gambar tuh. Jadi, Nahhh gua buat entry spesial untuk lu. Lu suka kan gua cerita pasal lu dekat blog gua? *Peh perasan pulak aku. Gurau gurau bang kak -,-

Hari ni gua nak ucapkan tahniah atas berkat usaha lu ride motor dari Manjung balik Penang sebab nak study walaupun lu selalu buang masa lepak dekat mamak and finally lu graduate jugak. Sumpah gua bangga :D

Gua nak jugak habis belajar macam lu. Gua nak jugak salam ayahanda macam lu. Gua nak jugak pakai baju kelawar macam lu. Gua harap lu akan study leklok dan dapat Degree pulak ok. Gua nak datang lu konvo lu tak bagik. #Ehhh

Last but not least, Congratulationnssssss brotherrr! I'm just proud of you. Semoga sukses dalam study and be a better man in your life. Gua tahu lu pandai. Ehh bukan, gua tahu lu boleh buat. Terima kasih sebab selalu bagi gua nasihat walaupun lu tak pernah perasan yang lu sedang memberi ceramah motivasi secara percuma. Kalau ada rezeki nanti gua belikan lu hadiah ea. Tunggu gua beli haipongg (Iphone) dulu. Hahaha. Gila sarkastik kan gua. Ishh. Okaylah. Tak last-last pulak jari jemari gua. Semoga lu sukses dunia akhirat & gua harap lu still boleh jadi abang gua walaupun mak ayah kita tak pernah kenal langsung. Okay bye!


Spread Love ;
Ms RR :')


Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

Ayam Halia ke?







Sila sediakn kertas atau buku nota dan pen. Kuikuikui. Gila bongkak berborak. Okay, sejak dua menjak aku jadi suri rumah sepenuh masa nih, aku dah rajin masak. Yeay! Buku resepi Kakak aku sudah menjadi BFF secara disengajakan. Setiap kali tengok buku tuh, melonjak-lonjak rasa nak cuba sebab asyik telan air liur jek tak sudah. Gila selekeh kan? Itulah aku! *muka bangga* Poxy cakap, gadis reti masak nih Sexyyyyy, kalau dia masak sedap lagi sexyyyyyyyy. Hahahah. Gila doh kawan aku tuh. Sebab dia lapar jek dia cakap cenggitu. 

Okaylah, mari kita mulakan! Apa yang perlu disediakan adalah ;

Bahan A
Seekor ayam yang dipotong mengikut suka hati anda.
Sos tiram - ikut selera.
1 sudu tepung jagung - korang kena bancuh dengan air ok? 
1 sudu serbuk lada hitam kasik kawww lagi >.<
1 pokok daun bawang - potong ikut standard lah.
3 biji tomato - ikut berapa banyak ayam koranglah.
3 sudu minyak masak.
Garam secukup rasa.

Bahan B - Harus dihiris sebab nak tumis.
Halia, bawang merah, bawang putih & cili merah.
Inii ikut suka hati korang sebab depends pada mereka yang suka makan bawang ke lada la kan?

Okay, ting tang ting tang Alexander! Hahahaha. Uitt melalot! Okay okay, SERIUS! -,-

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B yang korang potong-potong tuh sampai layu.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Kasik melekat lah itu semua lada dan bawang iyee. 
    * Ehh lupa nak cakap, aku masukkan sekali kayu manis masa tumis tuh. Kasik dia bau sikit. Hee ^^
3. Lepas dah masuk ayam, tuangkan air sikit. Jadi, ayam tuh nanti akan empuk :)
     * Make sure ayam tuh masak ok!
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, serbuk lada hitam dengan sos tiram. Ini korang kena pandai bajet. Agak-agak ayam tuh pucat jek warna dia, tambah sikit lagi.
5. Masukkan tomato ( yang dah siap dipoton ye - potong ikut suka hati anda ) Daun bawang jangan lupa pulak. Tak payah banyak sangat. Saje buat bau jek nih. LOL ^^
6. Kacau sehingga rata. 
7. Ting tang ting tang dah siap!

Haaa! Senang tak senang tak? *beriya*
Aku bila masak = pergi joging 5 round. Hebat kan?

Sorrylah tak dapat tunjuk gambar, pergi jek laa google. Bereh! Okayy, kita jumpa lagi di lain segmen dan waktu yang sama minggu hadapan, sampai jumpaaaa! :)



Next recipe, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! :p


Spread Love :
Ms RR :')





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

25 May 2012

BIODATA CONTEST BY NURRA.









Setepek muka penulis bajet comel-senyum-fake-dengan-peace sebagai tanda pengenalan. 

Hari nih dengan rasa bangga-hidung-kembang-kempis aku nak join satu contest oleh Saudari Mei Atika yang dikenali sebagai Nurra. Seorang gadis-pelajar UiTM Seri Iskandar Perak dalam jurusan Diploma Seni Halus, *UiTM Dihatiku. #Ehhh! Paling best, beliau merupakan seorang tukang amek gambar separuh masa atau lebih senang digelar Part time Photographer dan tukang make up orang atau pun kome semua tahu make up retis dak? Haa. Nih lah koreje beliau selain seorang student. Bolehlah lepas nih pakai servis beliau ye memandangkan dinner fakulti every sem ada. Ekekekeke ^^ 

Tadi berjalan-jalan pergi blog-blog jiran, terjumpa deme buat entry pasal satu contest. Tetiba teringin pulak nak join memandangkan dah lama tak bersosial. Heh? Cik Nurra ni, ada buat satu contest bertajuk Biodata Contest By Nurra. Sound intersting, terus followed blog beliau. Awak awak awak! saya sudah followed blog awak taw! *dengan-gediknya* So, korang rasa ianya menarik tak? Mari amek tahu macam mana korang nak join contest nih, mana tahu ada yang terasa nak join ke kan. Support lah sikit! *angkat-angkat-kening*

1.  Follow Blog Nurra - Hah! Saya sudah followed :)
2. Buat satu entri menggunakan tittle BIODATA CONTEST BY NURRA & hasilkan biodata korang - sedang memerah otak macam mana nak expose diri sendiri dalam entry nih. wakakaka -,-
3. Lengkapkan slogan ; Menutup aurat itu indah kerana ....................................(tidak kurang daripada 30 patah perkataan) - Alamak! nih lagi susah =,=''
4. Pamerkan banner dekat blog sebagai tanda sokongan & letak link sekali bagus katanya :)
5. Tag rakan-rakan blogger lain untuk join contest nih - Macam biasalah :)


Inilah banner Biodata Contest nih.
Sila klik banner untuk join, terima kasih.



Mari memperkenalkan.......................... *bunyi drum sikit kasik suspen*











Mereka yang di-tag adalah :

3. Meen.

# Hai Kak Mira & Ezza, harap korang join contest nih memandangkan korang sangat rajin updated blog korang. Hehehehhehe. Goodluckk! ^^

Untuk saudari penganjur contest, terima kasih banyak-banyak ye. Harap ada peluang untuk menang. Top 5 pun jadilah. Hehehehehehe.




Spread Love ;
Ms RR :')






Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

22 May 2012

Cameron Highlands Trip - April 2012






13, 14 & 15 April 2012 - Tarikh yang tak kan pernah aku lupa, lagikan kenangan yang aku lalui ketika itu.  Tuhan jek yang tahu. Aku ada bagi tahu korang kan sebelum nih pasal CH Trip nih dekat entry sebelum sebelum sebelum ni. Tapi aku asyik lupa jek nak update pasal ni. Maaf-maaf. Saya terlupa. Erkkk -,-
*ayat bajet ada orang baca blog aku -,- * 

Kitaorang gerak dari kampus pagi, waktu standard lah pukul 9am gitu. Gedebak gedebuk, bla bla bla bla. Welcome to Perak Darul Ridzuan! Haa, sampai Perak sudah. Kami naik CH dari jalan Tapah - Jalan seperti ular kena palu. MasyaAllah, aku memang tak boleh kalau jalan macam tuh. Akibatnya, ~..~''


Keadaan tidak terurus ketika ini. Tudung entah bagaimana rupa sudah diabaikan. Selimut itu pinjam sebab tak bawak sweater. APTB -,-


Gadis-gadisku kata Miss Fairuz. Masa nih semua kelaparan. Kami stay di Tanah Rata yang takde apa-apa. Gerak pergi Brinchang dalam jam 6.30pm gitu tak silap -,-

Malam tuh lepas makan secara percuma, kami dibenarkan Miss untuk menghabiskan duit & masa berjalan dekat Pasar Malam Brinchang. Macam-macam ada. Tapi as usual apa yang dicari adalah, strawberi coklat, teh, bantal strawberi & fridge magnet sebagai ole-ole. Paling penting, aku mesti beli bantal sebab aku tak boleh bayangkan kepala aku nak tidur macam mana bila balik JB nanti.Opps, lupa pulak. Ibu pesan strawberi kering jangan lupa. Comel gila ibu bila aku call dia pesan sebegitu.


Next day - Red day with Miss Fairuz. Awww. Macam adik-beradik kan? Hehehehe. Waktu pagi masa ni, dalam pukul 8am. Gerak pergi Bharat Tea - Ladang Teh sebagai tempat pertama dilawati. Hehehe. Ini paling best! Jom tengok gambar! 


Ya, Daeem, Me & Erni.

Mata semua sepet jek kan? Masa nih matahari baru naik. Jadi, muka cun yang bertepek bedak semua mula mengeluarkan titis-titis air yang dipanggil peluh. Nampak tak semua pakai sweater? Daeem tuh ada sweater, letak dalam bas. Aku? Sobs sobs.


Ayuz, Ryeha, Ein, Ude, Imah, Sabah & Wiah.
Erin, Ejad, Mas & Erni.


Nice view isn't it?


Gila tak macho diorang nih kan?


Tengok kitaorang, gila berani sampai kena turun  tangga pegang besi takut jatuh -,-


Kiyu, Taj, Ryeha, Imah & Odeng.


Next destination - Strawberry Farm!!
Fried Ice-cream, Strawberry Waffle, Strawberry Pancake, Strawberry Milk Shake & everything about strawberry. Masa ni semua sedang kelaparan sebab tak breakfast lagi kan. Habis duit melantak benda nih. Serius yummy! Boleh jumpa dekat JB, but not the same taste, original made in CH :p




Ini semua masa dekat Strawberry Farm. Aku beli strawberi kering yang ibu pesan.
 4 kotak RM10, 7 kotak RM20. Berbaloi tak? Boleh lahh :')




Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

Kenangan Terindah.







Gambar tanpa edit - D3100

Awwwww. Aku rindu dengan tempat nih. Kalau orang lain kata, 'Alaaa, Cameron Highlands jek kot. Bukan California ke Sydney ke.'  Ada aku kesah? Bagi aku, bukan tempat sebagai ukuran. Kenangan yang terukir itu lebih indah berbanding destinasinya kerana perginya aku kesana bersama mereka yang terindah pernah kumiliki dalan hidup ini. Andai suatu hari nanti aku diberi peluang mengupas kenangan terindah aku disana lagi, akan aku gagahi hati ini ke sana. Akanku sediakan minyak kapak berbotol-botol, akan aku sediakan setebal-tebal baju sejuk agar aku boleh mengimbas kenangan itu dengan hati dan fikiran yang tenang kerana bersyukurnya aku diatas kurniaan Tuhan yang Maha Kuasa :')


Ehhh dulu aku ada cakap nak buat entry pasal Trip pegi CH kan? Alahai. Aku lupa pulak. Ok ok, next entry janji aku akan cerita pasal Trip CH ye. Ok, dah jangan merajuk :*


Tekan <SINI> dulu kalau nak suruh aku cerita pasal apa yang menarik sangat tentang CH pada aku. Hehe. Masehhhh! okaybyeee semua, muahhh :*


Spread Love :

Selamat menyambut bulan Rejab kawan-kawan.
Mari puasa sunat! :')



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

Sejuta Kali Rindu.










Walaupun aku tak suka kau edit gambar ni cenggini, tapi aku terima seadanya T_T


Ada orang tanya, 'Miera Wahab tuh siapa?' Dengan selamba gila perasan, aku jawab,
'Kakak aku, kenapa?' Hahaha :)


Walaupun suara aku tak sedap, aku nak jugak layan kau karaoke yang tak berapa nak tahap jamban nih :)


Ehh kudut! Kau apesal busy nak mampos haa? *emosi*


Heyh lesbo partner! Thanks for always there for me :)

*********************************************************************

MasyaAllah, rindunya aku dekat budak-budak nih Y_Y
Kentot aku, sendawa aku, tekak aku, perut aku semua diorang paham.
Koranglah sahabat dunia akhirat aku, janji!
Dah dekat sebulan takde dekat JB, ghindunyaaaaaaaa.
Tak payah lah kalis-kalis tanya bila aku nak balik JB.
Aku tahu korang rindu aku kan?
Bhahahahahahah. Sejuta Kali Rindu yuuuuuu -,-
Nanti kita pergi Girls Trip okayy?
USS taw! Buat paspot sesama ye. 
Gila malu budak JB tak pernah masuk Spore -,-


Oklahhbyeee!
Selamat menyambut bulan Rejab kawan-kawan :)

Ehhh jangan lupa komen <ENTRY> ni okay?
Jangan nak malas sangat.
Hahahahahaha. Bye bye bye! 


Spread Love :
Jueryeha yang manis :*






Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

19 May 2012

Happy :)









Gambar nih ada dua maksud bagi aku dan aku bahagia dengan maksud itu :')
#bajet

kalau tak nampak dengan jelas, sila double click pada gambar tersebut iyee.


Pedulik hape aku? 


kalau anda baik hati pulak, sila click <SINI>
Terima kasih!
Okbye!



:)





Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

Surat Dari Hati.










''Dear Girlfriends, Hai. Apa khabar? Ehem Ehem. Ye,  Iyee, Gua lah aweks cun yang Lu selalu bengang tuh. Cuns? Lagi manis daripada Lu sebab Gua punya pipi berlubang pinjaman Tuhan. Lu ada? Hahaha. Kekwat gilos Gua kan. Ehh Ehhh, Gua nih tak jahat macam yang lu fikir taw. Lu tak kenal Gua lagi. Ehhh pesal ayat baik sangat Gua nih?! >.< 


 Gua memang menyampah dengan lu Girlfriends. Ini bukan pertama kali Gua bengang dengan lu. Sepatutnya memang Gua yang kena bengang, marah, naik angin dengan lu. Bukan lu ok! Eh weyh, kalau bahasa kasar lu nak cakap Gua nih suka Boifreng lu, SEKARANG nih Gua nak mengaku dekat satu dunia yang memang Gua suka Boifreng lu. Haaa! Puas hati? Puas idakkk??!! 


Hahah. Sorrylah Girlfriends. Bukan macam yang otak lu tengah fikir. Gua tahu Lu mesti tengah fikir Gua nak amek Boifreng lu kan? Hoishh. Aiseyhh lu nih Girlfriens. Dah dah jangan nak menangis. Gua nih kan lumrahnya seorang perempuan. Lu pun aweks jugak macam Gua kan Girlfriends? Sorry to say, Gua nak cakap dengan lu. Kasik clear ini cerita sekarang juga. Gua dengan Boifreng lu tu macam adik dengan abang jek lah. Adik-Abang. Gua dah lama kenal dia. Ehh, at least lagi lama lah kan daripada lu. Betul tak? Lu fikir sendiri tolong.


 Gua dah kenal dia, walaupun Gua tak kenal luar dalam dia secara detail atau setiap inci perubahan perasaan dia Gua boleh grab, tapi Gua memang berani nak mengaku benda nih dekat lu. Gua memang suka dia. Suka dia macam mana? Mesti tu yang lu Tanya kan? Ya Allah, hanya Tuhan yang tahu. Perasaan sayang tuh memang menjalar dalam tangkai hati Gua nih. Tapi sumpah lah Girlfriends, Gua tak pernah berniat nak tukar perasaan sayang & cinta dalam hati dia untuk Gua. Lu faham tak Girlfriends? Lu faham tak Gua cakap apa nih? Gua suka dia layan Gua macam Gua ni budak kecik. Layan macam budak yang tak tahu apa-apa. Setiap kali Gua down, dia dok nasihat Gua. Bagi Gua semangat. Dia suka buat Gua ketawa time Gua sedih. Lu tahu tak? Sebab tuh Gua sayang dia. Tapi sayang macam adik-beradik walaupun batang hidung dia berapa inci pun Gua tak pernah sentuh. 


Sebelum lu datang, serius Gua memang baik dengan dia. Ehh sampai sekarang pun Gua baik dengan dia lagi. Cuma bila Gua nak Hai dia dekat wall dia ke, Gua jadi terbatas. Gua tak nak lu kecik hati, maki Gua pastu gaduh dengan dia. Gua pun aweks jugalah Girlfriends. Gua faham perangai gedik lu. Semua aweks akan jadi macam budak tak cukup umur sebab nak perhatian orang yang dia sayang. Takpe, Gua faham lu cenggitu. Actually, to be honest, Gua memang terasa setiap kali lu updated status pasal jodoh lah, kejujuran, kesetiaan lah bagai. Lu mesti tujukan dekat Boifreng lu lah kan? Ehh lu mesti tujukan khas buat Gua juga kan? Mestilah Gua tempias sebab lu baru baca komen Gua dengan dia kan? Haha. Eh, lu tahu kan Boifreng lu macam mana? Buruk baik dia, lu dah faham sangat kan perangai buruk dia? Tak kanlah dengan kehadirang budak gemok lagi buruk serta tak cantik nih lu nak goyang sangat? *humble pulok* kenapa? 


FYI, Gua nih batang hidung Boifreng lu pun tak pernah sentuh, lagikan berapa panjang size kaki dia & berapa lebar diameter tapak tangan dia. Kitaorang Cuma adik beradik muka buku sahaja. Ehh Twitter pun. Hehehe. Hmm. Macam nih lah Girlfriends, last but not least, lu tak payah lah nak jeles bagai dengan Gua. Fikir Gua itu ini. Gua faham hati sanubari lu. Lu memang jeles nak mati kalau Gua komen-komen dengan dia. Hoish. Lu lagi pandai kan dari Gua sampai berjaya menambat hati abang Gua tuh. Jadi, lu tak payah  nak takut sangat. Kalau Gua nak suka dia macam lu suka dia, dah lama dah Gua buat. Sebab Gua nih baik. Biarlah Gua yang mengalah. Mengalah? Ececeyh. Mesti lu masih ingat Gua ada hati dengan abang Gua tu kan?


 Stop thinking that way lah Girfriends. Gua sebenarnya sedih lah benda cenggini jadi. Bukan lu sorang jek Girlfriends, dekat kampus Gua pun pernah jadi cenggeni. Apekes? Kalau lu, tak sedih ke kena tuduh ganggu kekasih hati orang tapi sendiri takde pulak kekasih hati sehingga hari nih. Haaa! Macam mana tuh? Lu tak kesian ke dengan Gua? Asyik makan hati jek orang buat Gua macam-macam? Gua nih baik dengan orang kalau orang respek Gua. Senang kan? Lu tak payahlah nak beratkan akal fikiran lu dengan masukkan muka Gua dalam memori lu.  Sudah-sudahlah. Gua serius penat. 


Kalau lu terasa, lu segeralah IM Gua dekat Fesbuk ye, nak mintak maap ke nak marah Gua ke, sila kanlah. Yang penting Gua tahu, Gua tak salah. Gua mintak maaf lah bebanyak kalau selama nih lu asyik kecik hati dengan dia pasal Gua. Gua suka dia sebelum lu datang dalam hidup dia lagi. Ehh cop! Pasal dia tengah ngorat lu pun Gua tahu lah! Aiseyhh! Gua suka cara dia respek Gua & layanan dia macam Gua budak kecik yang tak tahu apa-apa. Not more then that. Gua dah penat kena tuduh nak rampas boyfriends orang. Gua harap sangat lu faham. 


Gua tahu lu tak kan baca entry khas Gua nih. Yela, blog Gua pun lu tak follow. Ehh lu main blog ke? Ehh tah lah. Yang penting sekarang nih. Gua tak punya apa-apa hubungan istimewa dengan Boifreng lu & stop fikir Gua bukan-bukan. Lu sendiri tahu apa yang lu fikirkan tentang Gua kan? Dah lahh Girlfriends, Gua serius penat terasa dengan lu. Please stop all this. Lu jangan pulak tetiba tak nak mengaku lu selalu updated status sebab bengang dengan Gua. 


Halalkanlah hubungan Gua dengan Boifreng lu sebab Gua memang takde apa-apa dengan dia. Anggaplah Gua nih adik ipar lu bila lu dah sah jadi bini dia. Senang kan? Tak payah la fikir bukan-bukan. Kalau lu sayang dia, dia seratus ribu juta kali sayang dekat lu. Kesianlah dekat Gua yang separuh mati bengang dengan lu. Eh kesianlah dekat Boifreng lu yang sayang dekat lu tuh. Bukan Gua tak fikir perasaan lu, lu suppose fikir perasaan Gua jugak. Okay, set! THE END.''


p/s : Yang patut terasa, sila terasa. Yang tak patut terasa, tok sah menggedik nak terasa. Lempang mahu? hahhahaha. Gurau gurau! AJ, tenangkan aku sekarang. Eceh! *geli jek*


Inilah nasib orang takde kekasih hati. Sobs sobs Y_Y
Orang gemok buruk dan tak cantik pun ada orang nak jeles ea?
Sila tekan <SEKARANG> sebelum aku Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! XD

Spread Love :
Ms RR :')


Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

9 May 2012

Labor Day.










' Aku hanyalah pembaca novel tegar bermusim.'

Rabu, 1 Mei 2012. Pagi-pagi dah bangun. Siap-siap, gegas pakai baju dan keringkan rambut. Hari ni nak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (KLIBF 2012) dekat PWTC. Pukul 7 lebih, Cik Mun (kawan Kakak) dah tunggu. Pergi breakfast dekat dengan rumah dia, sebab tunggu Nurul & Baby. Adik-adik nih bangun tidur lewat betul. Lepas breakfast, amek cab terus pergi Seri Petaling, dalam 10 minit gitu ek? Tah, aku pun tak pasti. Bla bla bla, beli token nak naik train. Okay,setelah berapa tahun aku tak naik train, keadaan 'jakun' itu kembali menyengat. Well, aku bukan orang Kolumpo ye. Saya anak jati negeri Johor Darul Ta'zim. LOL. Dari Seri Petaling pergi PWTC, tambangnya hanya RM1.90 ye anak-anak. Murah ke mahal budak? Aku okay aje, Cik Mun yang bayarkan. Tang syiling aku punya duit. Miahahahaha. *Ehh nak cakap, selamat aku tak kena tahan sebab pakai baju color kuning. LOL. Miahahahahahahahhaha - sekali lagi dan panjang sedikit :')


Sesampainya, masyaAllah! Sesungguhnya rakyat Malaysia suka membaca buku ya. *mata ke atas, tangan dibahu* Manusia macam ulat dan semut. *Ehhh! Ramai gilooooooooooooo~ Masuk mall kejap, lepas tuh terus cross jalan masuk PWTC. Pertama sekali, kami masuk tempat Karangkraf. Ya Allah! *jakunnnnnnn - Bla bla bla, melayang beratus ringgit Malaysia hanya kerana beberapa buah novel, majalah & buku ilmiah. *cehhh! beberapa tak beberapa laa. Lebih 5kg beratnya mungkin.


Actually, dalam entry kali ni, aku nak bagi beberapa tips buat korang yang teringin nak pergi KLIBF ni pada masa akan datang. Yelaaa, jangan jadi macam aku. Padahal aku malas nak cerita apa jadi dekat aku. Hahahahahaha >.<

Okayy, SERIUS!

1. Pakai pakaian yang sesuai. Aku cadangkan, baik korang pakai pakaian jenis cotton, ianya menyerap peluh bukan? Jadi, korang tak panas bila berasak-asak sebab aku pasti mesti beribu-ribu manusia dekat dalam tu. Boleh nak pakai skirt, maxi dress etc, tapi yang bersesuaianlah ye :')


2. Jangan pakai heel 4 inci! Ini amaran! hahah. *ehhh tak kesah pun. Tapi, bila nak pergi tempat yang macam tuh, baik pakai flat shoes saja. Banyak kan flat shoes yang cantik dan masih boleh digayakan dengan macam-macam cara. Its still look nice,don't worry :')


3. Bawak beg extra (recycle bag) atau pakai bag pack. Hahahaha. Ini tersangat penting ya adik-adik. Kenapa? Sebab, bila korang dah masuk dekat situ, mata korang yang sepasang sudah menjadi 5 atau 6 pasang ye. Semua buku korang nak sauk masuk dalam bakul. Sebab semuanya best-best dan harga berpatutan. Dah tuh masa korang bayar, ingat diorang nak bagi korang recycle bag ke? Dah tuh korang nak bimbit plastic bag yang berkilo-kilo tuh? NO NO NO NO! Itu perkara menyusahkan. Buy RM200 above, you will get this bag. Cehhh, pandai kan mereka? Jadi, aku cadangkan baik korang sediakan dari rumah recycle bag tuh cukup-cukup. Atau, untuk lebih menyenangkan diri korang, baiklah korang pakai bag pack. Semua buku yang korang beli nanti bolehlah korang sumbat dan campakkan dengan rakusnya ke dalam bag tersebut. Kerja senang bukan? ^^


4. Bajet belanja awal-awal. Selain perkara di atas, isu duit juga sangat penting. Money is everything nowadays. Cehh! Korang kenalah bajet berapa ringgit korang nak laburkan. Hehehe. Misalnya, korang save RM150 untuk buku & sewaktu dengannya, you should use that wisely. Jangan belanja lebih daripada bajet yang korang tetapkan. Habislah korang kalau korang tak boleh bajet, nanti duit korang hilang macam air taw! Begitu juga dengan duit makan atau lain-lain.


5. Makan dulu sebelum keluar. Yelaa, ini penting. Kang tak pasal-pasal pengsan dalam Book Fair tu pulak. Dah ramai-ramai orang, macam-macam bau sudah keluar. Ngeh ngeh ngeh. Betul dak? Korang pun boleh fikir sendiri kan. Hehe. Jadi, lebih baik, makan sedikit sebagai alas perut pastu baru laa boleh tawaf satu Book Fair tuh. Letsssss goooo! *Ehhhh -_-


6. Bawak mineral water dari rumah! Ehhh kalau tak dari rumah pun, belilahhhh! Aiyoooo! Ini sebagai penyelamat jikalau kepala anda pening atau  haus yang teramat mengalahkan orang berpuasa. Hehehe. Minum air masak kan bagus untuk badan :')


Okay, itu sahaja dari aku. Amati gambar dekat atas tuh, sila jangan jeles. Byee!


*Ehhh meh aku nak tepekkk gambar muka orang sedang bahagia kerana duitnya habis dengan jayanyaaaa =,=







Hamekkk kauuuuuu! ;p

Spread Love ;
Ms RR :')


* Labor day ea tajuk. Tak boleh pergi!

Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')

8 May 2012

Take care Dekjah.







Rasanya baru semalam kita ketawa sama-sama.
 Rasanya baru semalam kita baring-baring rehat-rehat dekat surau.
 Rasanya baru semalam lepak tengok movie dekat pondok. 
Ehh rasanya baru semalam aku tolong bangunkan kau masa kau jatuh dalam dewan.
 Kau sakit. Risau tengok kau macam tuh.



Kita tengok movie sambil tunggu waktu buka kan masa nih? *SELAMAT HARI RAYA*



Cantik gambar ni. Aku suka kau edit, kawan :')


Kita tak berapa nak rapat. Tapi dah setahun kan kita belajar dalam kelas yang sama. Ketawa dalam kelas. Kau mintak air aku. Aku mintak makanan kau. Kita selalu makan dalam kelas kan? Hahaha. Ehhh ingat tak kita makan ramai-ramai dekat Pizza Hut? Best kan? Kalau tak kitaorang dah party ramai-ramai dekat Pizza dulu. Sebab kau homesick, kau balik Bangi, aku cakap dekat Moo kita makan minggu depannya. Selamat Moo setuju. Dapat kita kumpul kenangan sama-sama kan?




Lepas kelas mesti nak lepak pondok. Borak-borak. Gosip-gosip. Hahaha. Ingat tak masa kita nak pujuk Miss Fairuz masa tuh? Kita buat kad besar-besar punya. Hamek kau letak gambar masing-masing. Pujuk Miss ramai-ramai depan bilik dia.Hee.



Kau salam aku, cium tangan aku lagi. Comel laa kau weyh. Aku nak cium tangan kau tak sempat lak. Kita salam macam biasa jek. Tengok kau naik bas nak balik Bangi. Masa aku sedih-sedih. Mula laa Tweet bukan-bukan, kau datang tenangkan aku dengan gurauan kau. Aku cakap kau sweet. Kau suka. Pastu terus Tweet pasal aku cakap kau sweet :')






'Ryeha ryeha! tengok sini Dekjah amek gambar Ryeha.' Aku pun senyum sampai berlubang pipi dan mata sepet. 3 Mei, baru kau upload gambar tuh. Cameron Highlands, penuh kenangan. Petang tadi baru aku LIKE & comment gambar tuh. Aku tidur, tersentak. Terus jantung aku berdegup laju. Hati aku tak sedap. Terasa sesuatu. Aku memang macam tu. Risau ada apa-apa bakal terjadi. Aku terus online pakai phone. LIKE & comment gambar tuh. Subhanaallah, jam 8.30 malam, aku terima berita sedih tentang kau. Aku dalam kereta dalam perjalanan balik ke KL dari Perak.


Aku text semua kenalan kita, nak kan kepastian. Bila dapat tahu. Aku terdiam. Sampai rumah, aku terus online. Dapat message dari Fai. Weyh, sedihnya. Macam mana boleh jadi macam nih? Besarnya dugaan Tuhan bagi pada kau. Aku tahu kau kuat. Semoga kau tabah. Kau tahu tak diorang semua doakan kau, sedekahkan kau Fatihah. Semua sayangkan kau, semua akan rindukan kau, kawan.


Kenangan kita tak mungkin aku lupakan. Kau sahabat dunia akhirat. Walaupun kita selalu argue pendapat, tapi kita tetap kawan kan? Walaupun kita bukan bestie, kehilangan kau, aku tetap terasa, air mata aku tetap mengalir. Mungkin tak salah aku cakap aku sayangkan kau. Tapi Allah lebih sayangkan kau :(


Kawan-kawan yang membaca, sedekahkanlah Fatihah juga Yasin buat beliau. Semoga doa dari kalian semua buat beliau tenang di sana, semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan solehah, kawan. Amin Ya Rabbal Alamin. 




Al- Fatihah, Nurul Hafizah Binti Mohd Faizul Aris.
19 Oktober 1992 - 7 Mei 2012


Spread Love ;

We gonna miss you Dekjah! :(



Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')