Take care Dekjah.
Rasanya baru semalam kita ketawa sama-sama. Rasanya baru semalam kita baring-baring rehat-rehat dekat surau. Rasanya baru semalam lepak tengok movie dekat pondok. Ehh rasanya baru semalam aku tolong bangunkan kau masa kau jatuh dalam dewan. Kau sakit. Risau tengok kau macam tuh.
Kita tengok movie sambil tunggu waktu buka kan masa nih? *SELAMAT HARI RAYA*
Cantik gambar ni. Aku suka kau edit, kawan :')
Kita tak berapa nak rapat. Tapi dah setahun kan kita belajar dalam kelas yang sama. Ketawa dalam kelas. Kau mintak air aku. Aku mintak makanan kau. Kita selalu makan dalam kelas kan? Hahaha. Ehhh ingat tak kita makan ramai-ramai dekat Pizza Hut? Best kan? Kalau tak kitaorang dah party ramai-ramai dekat Pizza dulu. Sebab kau homesick, kau balik Bangi, aku cakap dekat Moo kita makan minggu depannya. Selamat Moo setuju. Dapat kita kumpul kenangan sama-sama kan?
Lepas kelas mesti nak lepak pondok. Borak-borak. Gosip-gosip. Hahaha. Ingat tak masa kita nak pujuk Miss Fairuz masa tuh? Kita buat kad besar-besar punya. Hamek kau letak gambar masing-masing. Pujuk Miss ramai-ramai depan bilik dia.Hee.
Kau salam aku, cium tangan aku lagi. Comel laa kau weyh. Aku nak cium tangan kau tak sempat lak. Kita salam macam biasa jek. Tengok kau naik bas nak balik Bangi. Masa aku sedih-sedih. Mula laa Tweet bukan-bukan, kau datang tenangkan aku dengan gurauan kau. Aku cakap kau sweet. Kau suka. Pastu terus Tweet pasal aku cakap kau sweet :')
'Ryeha ryeha! tengok sini Dekjah amek gambar Ryeha.' Aku pun senyum sampai berlubang pipi dan mata sepet. 3 Mei, baru kau upload gambar tuh. Cameron Highlands, penuh kenangan. Petang tadi baru aku LIKE & comment gambar tuh. Aku tidur, tersentak. Terus jantung aku berdegup laju. Hati aku tak sedap. Terasa sesuatu. Aku memang macam tu. Risau ada apa-apa bakal terjadi. Aku terus online pakai phone. LIKE & comment gambar tuh. Subhanaallah, jam 8.30 malam, aku terima berita sedih tentang kau. Aku dalam kereta dalam perjalanan balik ke KL dari Perak.
Aku text semua kenalan kita, nak kan kepastian. Bila dapat tahu. Aku terdiam. Sampai rumah, aku terus online. Dapat message dari Fai. Weyh, sedihnya. Macam mana boleh jadi macam nih? Besarnya dugaan Tuhan bagi pada kau. Aku tahu kau kuat. Semoga kau tabah. Kau tahu tak diorang semua doakan kau, sedekahkan kau Fatihah. Semua sayangkan kau, semua akan rindukan kau, kawan.
Kenangan kita tak mungkin aku lupakan. Kau sahabat dunia akhirat. Walaupun kita selalu argue pendapat, tapi kita tetap kawan kan? Walaupun kita bukan bestie, kehilangan kau, aku tetap terasa, air mata aku tetap mengalir. Mungkin tak salah aku cakap aku sayangkan kau. Tapi Allah lebih sayangkan kau :(
Kawan-kawan yang membaca, sedekahkanlah Fatihah juga Yasin buat beliau. Semoga doa dari kalian semua buat beliau tenang di sana, semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan solehah, kawan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Al- Fatihah, Nurul Hafizah Binti Mohd Faizul Aris.19 Oktober 1992 - 7 Mei 2012
Spread Love ;
We gonna miss you Dekjah! :(
Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')
0 orang doakan aku jumpa Rafael:
Post a Comment
Haihai, pendapat aku macam nih. Pendapat korang macam mana?