Labor Day.
' Aku hanyalah pembaca novel tegar bermusim.'
Rabu, 1 Mei 2012. Pagi-pagi dah bangun. Siap-siap, gegas pakai baju dan keringkan rambut. Hari ni nak pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (KLIBF 2012) dekat PWTC. Pukul 7 lebih, Cik Mun (kawan Kakak) dah tunggu. Pergi breakfast dekat dengan rumah dia, sebab tunggu Nurul & Baby. Adik-adik nih bangun tidur lewat betul. Lepas breakfast, amek cab terus pergi Seri Petaling, dalam 10 minit gitu ek? Tah, aku pun tak pasti. Bla bla bla, beli token nak naik train. Okay,setelah berapa tahun aku tak naik train, keadaan 'jakun' itu kembali menyengat. Well, aku bukan orang Kolumpo ye. Saya anak jati negeri Johor Darul Ta'zim. LOL. Dari Seri Petaling pergi PWTC, tambangnya hanya RM1.90 ye anak-anak. Murah ke mahal budak? Aku okay aje, Cik Mun yang bayarkan. Tang syiling aku punya duit. Miahahahaha. *Ehh nak cakap, selamat aku tak kena tahan sebab pakai baju color kuning. LOL. Miahahahahahahahhaha - sekali lagi dan panjang sedikit :')
Sesampainya, masyaAllah! Sesungguhnya rakyat Malaysia suka membaca buku ya. *mata ke atas, tangan dibahu* Manusia macam ulat dan semut. *Ehhh! Ramai gilooooooooooooo~ Masuk mall kejap, lepas tuh terus cross jalan masuk PWTC. Pertama sekali, kami masuk tempat Karangkraf. Ya Allah! *jakunnnnnnn - Bla bla bla, melayang beratus ringgit Malaysia hanya kerana beberapa buah novel, majalah & buku ilmiah. *cehhh! beberapa tak beberapa laa. Lebih 5kg beratnya mungkin.
Actually, dalam entry kali ni, aku nak bagi beberapa tips buat korang yang teringin nak pergi KLIBF ni pada masa akan datang. Yelaaa, jangan jadi macam aku. Padahal aku malas nak cerita apa jadi dekat aku. Hahahahahaha >.<
Okayy, SERIUS!
1. Pakai pakaian yang sesuai. Aku cadangkan, baik korang pakai pakaian jenis cotton, ianya menyerap peluh bukan? Jadi, korang tak panas bila berasak-asak sebab aku pasti mesti beribu-ribu manusia dekat dalam tu. Boleh nak pakai skirt, maxi dress etc, tapi yang bersesuaianlah ye :')
2. Jangan pakai heel 4 inci! Ini amaran! hahah. *ehhh tak kesah pun. Tapi, bila nak pergi tempat yang macam tuh, baik pakai flat shoes saja. Banyak kan flat shoes yang cantik dan masih boleh digayakan dengan macam-macam cara. Its still look nice,don't worry :')
3. Bawak beg extra (recycle bag) atau pakai bag pack. Hahahaha. Ini tersangat penting ya adik-adik. Kenapa? Sebab, bila korang dah masuk dekat situ, mata korang yang sepasang sudah menjadi 5 atau 6 pasang ye. Semua buku korang nak sauk masuk dalam bakul. Sebab semuanya best-best dan harga berpatutan. Dah tuh masa korang bayar, ingat diorang nak bagi korang recycle bag ke? Dah tuh korang nak bimbit plastic bag yang berkilo-kilo tuh? NO NO NO NO! Itu perkara menyusahkan. Buy RM200 above, you will get this bag. Cehhh, pandai kan mereka? Jadi, aku cadangkan baik korang sediakan dari rumah recycle bag tuh cukup-cukup. Atau, untuk lebih menyenangkan diri korang, baiklah korang pakai bag pack. Semua buku yang korang beli nanti bolehlah korang sumbat dan campakkan dengan rakusnya ke dalam bag tersebut. Kerja senang bukan? ^^
4. Bajet belanja awal-awal. Selain perkara di atas, isu duit juga sangat penting. Money is everything nowadays. Cehh! Korang kenalah bajet berapa ringgit korang nak laburkan. Hehehe. Misalnya, korang save RM150 untuk buku & sewaktu dengannya, you should use that wisely. Jangan belanja lebih daripada bajet yang korang tetapkan. Habislah korang kalau korang tak boleh bajet, nanti duit korang hilang macam air taw! Begitu juga dengan duit makan atau lain-lain.
5. Makan dulu sebelum keluar. Yelaa, ini penting. Kang tak pasal-pasal pengsan dalam Book Fair tu pulak. Dah ramai-ramai orang, macam-macam bau sudah keluar. Ngeh ngeh ngeh. Betul dak? Korang pun boleh fikir sendiri kan. Hehe. Jadi, lebih baik, makan sedikit sebagai alas perut pastu baru laa boleh tawaf satu Book Fair tuh. Letsssss goooo! *Ehhhh -_-
6. Bawak mineral water dari rumah! Ehhh kalau tak dari rumah pun, belilahhhh! Aiyoooo! Ini sebagai penyelamat jikalau kepala anda pening atau haus yang teramat mengalahkan orang berpuasa. Hehehe. Minum air masak kan bagus untuk badan :')
Okay, itu sahaja dari aku. Amati gambar dekat atas tuh, sila jangan jeles. Byee!
*Ehhh meh aku nak tepekkk gambar muka orang sedang bahagia kerana duitnya habis dengan jayanyaaaa =,=
Hamekkk kauuuuuu! ;p
Spread Love ;Ms RR :')
* Labor day ea tajuk. Tak boleh pergi!
Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')
0 orang doakan aku jumpa Rafael:
Post a Comment
Haihai, pendapat aku macam nih. Pendapat korang macam mana?