Ayam Halia ke?
Sila sediakn kertas atau buku nota dan pen. Kuikuikui. Gila bongkak berborak. Okay, sejak dua menjak aku jadi suri rumah sepenuh masa nih, aku dah rajin masak. Yeay! Buku resepi Kakak aku sudah menjadi BFF secara disengajakan. Setiap kali tengok buku tuh, melonjak-lonjak rasa nak cuba sebab asyik telan air liur jek tak sudah. Gila selekeh kan? Itulah aku! *muka bangga* Poxy cakap, gadis reti masak nih Sexyyyyy, kalau dia masak sedap lagi sexyyyyyyyy. Hahahah. Gila doh kawan aku tuh. Sebab dia lapar jek dia cakap cenggitu.
Okaylah, mari kita mulakan! Apa yang perlu disediakan adalah ;
Bahan ASeekor ayam yang dipotong mengikut suka hati anda.Sos tiram - ikut selera.1 sudu tepung jagung - korang kena bancuh dengan air ok? 1 sudu serbuk lada hitam kasik kawww lagi >.<1 pokok daun bawang - potong ikut standard lah.3 biji tomato - ikut berapa banyak ayam koranglah.3 sudu minyak masak.Garam secukup rasa.
Bahan B - Harus dihiris sebab nak tumis.Halia, bawang merah, bawang putih & cili merah.Inii ikut suka hati korang sebab depends pada mereka yang suka makan bawang ke lada la kan?
Okay, ting tang ting tang Alexander! Hahahaha. Uitt melalot! Okay okay, SERIUS! -,-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B yang korang potong-potong tuh sampai layu.2. Masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Kasik melekat lah itu semua lada dan bawang iyee. * Ehh lupa nak cakap, aku masukkan sekali kayu manis masa tumis tuh. Kasik dia bau sikit. Hee ^^3. Lepas dah masuk ayam, tuangkan air sikit. Jadi, ayam tuh nanti akan empuk :) * Make sure ayam tuh masak ok!4. Masukkan bancuhan tepung jagung, serbuk lada hitam dengan sos tiram. Ini korang kena pandai bajet. Agak-agak ayam tuh pucat jek warna dia, tambah sikit lagi.5. Masukkan tomato ( yang dah siap dipoton ye - potong ikut suka hati anda ) Daun bawang jangan lupa pulak. Tak payah banyak sangat. Saje buat bau jek nih. LOL ^^6. Kacau sehingga rata. 7. Ting tang ting tang dah siap!
Haaa! Senang tak senang tak? *beriya*Aku bila masak = pergi joging 5 round. Hebat kan?
Sorrylah tak dapat tunjuk gambar, pergi jek laa google. Bereh! Okayy, kita jumpa lagi di lain segmen dan waktu yang sama minggu hadapan, sampai jumpaaaa! :)
Next recipe, tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! :p
Spread Love :Ms RR :')
Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')
0 orang doakan aku jumpa Rafael:
Post a Comment
Haihai, pendapat aku macam nih. Pendapat korang macam mana?