Cameron Highlands Trip - April 2012
13, 14 & 15 April 2012 - Tarikh yang tak kan pernah aku lupa, lagikan kenangan yang aku lalui ketika itu. Tuhan jek yang tahu. Aku ada bagi tahu korang kan sebelum nih pasal CH Trip nih dekat entry sebelum sebelum sebelum ni. Tapi aku asyik lupa jek nak update pasal ni. Maaf-maaf. Saya terlupa. Erkkk -,-*ayat bajet ada orang baca blog aku -,- *
Kitaorang gerak dari kampus pagi, waktu standard lah pukul 9am gitu. Gedebak gedebuk, bla bla bla bla. Welcome to Perak Darul Ridzuan! Haa, sampai Perak sudah. Kami naik CH dari jalan Tapah - Jalan seperti ular kena palu. MasyaAllah, aku memang tak boleh kalau jalan macam tuh. Akibatnya, ~..~''
Keadaan tidak terurus ketika ini. Tudung entah bagaimana rupa sudah diabaikan. Selimut itu pinjam sebab tak bawak sweater. APTB -,-
Gadis-gadisku kata Miss Fairuz. Masa nih semua kelaparan. Kami stay di Tanah Rata yang takde apa-apa. Gerak pergi Brinchang dalam jam 6.30pm gitu tak silap -,-
Malam tuh lepas makan secara percuma, kami dibenarkan Miss untuk menghabiskan duit & masa berjalan dekat Pasar Malam Brinchang. Macam-macam ada. Tapi as usual apa yang dicari adalah, strawberi coklat, teh, bantal strawberi & fridge magnet sebagai ole-ole. Paling penting, aku mesti beli bantal sebab aku tak boleh bayangkan kepala aku nak tidur macam mana bila balik JB nanti.Opps, lupa pulak. Ibu pesan strawberi kering jangan lupa. Comel gila ibu bila aku call dia pesan sebegitu.
Next day - Red day with Miss Fairuz. Awww. Macam adik-beradik kan? Hehehehe. Waktu pagi masa ni, dalam pukul 8am. Gerak pergi Bharat Tea - Ladang Teh sebagai tempat pertama dilawati. Hehehe. Ini paling best! Jom tengok gambar!
Ya, Daeem, Me & Erni.
Mata semua sepet jek kan? Masa nih matahari baru naik. Jadi, muka cun yang bertepek bedak semua mula mengeluarkan titis-titis air yang dipanggil peluh. Nampak tak semua pakai sweater? Daeem tuh ada sweater, letak dalam bas. Aku? Sobs sobs.
Ayuz, Ryeha, Ein, Ude, Imah, Sabah & Wiah.Erin, Ejad, Mas & Erni.
Nice view isn't it?
Gila tak macho diorang nih kan?
Tengok kitaorang, gila berani sampai kena turun tangga pegang besi takut jatuh -,-
Kiyu, Taj, Ryeha, Imah & Odeng.
Next destination - Strawberry Farm!!Fried Ice-cream, Strawberry Waffle, Strawberry Pancake, Strawberry Milk Shake & everything about strawberry. Masa ni semua sedang kelaparan sebab tak breakfast lagi kan. Habis duit melantak benda nih. Serius yummy! Boleh jumpa dekat JB, but not the same taste, original made in CH :p
Ini semua masa dekat Strawberry Farm. Aku beli strawberi kering yang ibu pesan. 4 kotak RM10, 7 kotak RM20. Berbaloi tak? Boleh lahh :')
Lepas tuh, kami gerak ke Kea Farm. Dekat Kea Farm jual macam-macam. Dia macam pasar tani gitu. Jual pelbagai jenis tanaman seperti jagung, kobis. Ini gambar aku dekat Mardi. Jumpa bunga pink! Eksaited! :)
Arwah Dekjah, Jono, Mye, Ayuz, Amir, Ya, Daeem, Amal, Kiyu.Masa ni hujan turun dengan lebatnya. La perut lapar tahap maksimum. Kena hujan pulak tu.Hoish. Boleh gila. Hahaha. Dekat sini kerja kitaorang snap sana sini jek la.
Menggedik bersama Ein.
Ini semua dekat Mardi. Lepas dah penat main hujan, balik apartment. Ingat nak tidur sebab gila mengantuk kan. Tapi tak pulak. Tengok TV. Maklumlah, TV ada Astro lagi. Menggedik masing-masing tengok Mania masa tuh. LOL ^^
Malam - Makan percuma lagi dekat Brinchang. Jalan-jalan dekat Pasar Malam habiskan sisa-sisa duit dengan mencekik makanan eksotik yang susah nak jumpa dekat JB - brokoli goreng & madu fresh dari sarang lebah.
Last Day - Ini lah kami yang menggegarkan CH pada waktu itu. Hahaha. Geli yewwww. Masing-masing jakun sebab CH sejuk dan berkabus XD
CH - KL - JB.Sampai pukul 11pm - 15 April 2012. Birthday ayah titewww :)
Okaylah, inilah sedikit sebanyak gambar-gambar yang dapat ditayangkan. Malas sebenarnya nak upload dekat blog ni. Maklumlah, line kurang memberansangkan. Over all, inilah pertama kali aku rasa happy gila keluar trip dengan classmate aku especially - Thanks to J3AC1104B especially barisan-barisan orang kuat. Inilah kenangan terindah aku dengan korang. Inilah kenangan terakhir kitaorang semua dengan kawan kitaorang - Arwah Dekjah. Pada yang tak tahu, sila baca entry sebelum <INI>. Thank you! Okaylah, tak tahu nak cerita apa lagi. Cuma nak kongsikan sesuatu, selagi kenangan itu boleh tercipta, hargailah ia kerana takut menyesal tidak sudah. Menangis air mata darah pun, yang pergi tetap tinggalkan kita. Jadi, hargailah orang sekeliling kita kerana dioranglah kenangan terindah dalam hidup kita :')
Al-Fatihah - Arwah Dekjah dalam kenangan :')
Spread Love ;
Miss you Dekjah! Rest in peace :')
Terima kasih kerana membaca, kalau suka 'Like' saja :')
0 orang doakan aku jumpa Rafael:
Post a Comment
Haihai, pendapat aku macam nih. Pendapat korang macam mana?